Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Friday, March 4, 2011

iPad2 Dilancarkan~~walala...


Agak2nya kalau dah terpaksa sangat baru RA beli mende alah ni, sebab setakat ni internet di rumah & opis dah cukup buat RA. Apapun RA gembira bile Apple melancarkan iPad2 kerana RA tahu Steve Jobs memang mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif berbandaing yang lain. Masakan tidak, jenama Apple yang memperkenalkan tetikus yang kita pakai sekarang ni. Walala..thanx sebab RA mmg tak suka sangat pakai tetikus yang melekat di laptop tu.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs, 56, membuat kejutan apabila dia hadir dengan tubuhnya yang kurus semasa mendedahkan versi kedua iPad kelmarin.

Orang ramai berdiri bertepuk tangan apabila Jobs yang merupakan pengasas syarikat Apple menaiki pentas di Pusat Yerba Buena di sini dengan gaya yang bersahajanya, memakai baju berkolar, seluar jean biru dan cermin mata.

"Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan produk ini dan saya tidak mahu melepaskan hari yang bersejarah ini," katanya.

Beliau berkata, tahun 2010 merupakan tahun buat iPad sebelum skrin video memaparkan komputer tablet Apple itu.

"Kami melalui permulaan yang susah dan tidak pernah berehat untuk kejayaan ini. Kami akan memperkenalkan iPad 2 hari ini (kelmarin)," kata Jobs. Berita yang dibawa beliau itu menyebabkan saham Apple melonjak dengan serta-merta.

Situasi itu berlaku kerana Jobs tidak muncul sejak Januari lalu kerana dia mengalami masalah kesihatan dan kerap mengelak daripada menghadiri majlis besar anjuran syarikat Apple.

Pada bulan lalu, sebuah akhbar di AS menyiarkan gambar-gambar Jobs yang kelihatan terlalu kurus di Palo Alto, California.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, beliau telah menjalani pelbagai rawatan untuk merawat penyakit kanser pankreas dan melalui pembedahan pemindahan hati.

Namun, iPad 2 yang diperkenalkan Jobs itu lebih nipis, ringan dan mempunyai pemprosesan yang lebih cepat serta dilengkapi dua buah kamera untuk merakam foto serta perbualan video.

Ia datang dengan dua warna, hitam dan putih dengan ketebalan hanya 8.8 milimeter berbanding model sekarang setebal 13.4 milimeter.

"Sebenarnya, iPad 2 lebih nipis daripada iPhone 4" jelas Jobs.

Model baru itu akan berada di pasaran pada 11 Mac ini dan berharga di antara $499 (RM1,512) hingga $829 (RM2,513) bergantung kepada kapasiti memori dan kebolehan bersambung dengan Internet melalui talian selular.

Di AS, iPad 2 akan bekerjasama dengan At&T dan Verizon Wireless.

Syarikat Apple turut mencipta beberapa aksesori baru untuk iPad 2.

Antara aksesori baru itu ialah soket yang membolehkan pengguna menghubungkan iPad 2 kepada televisyen beresolusi tinggi. -Agensi

Wednesday, February 23, 2011

iPhone Bukan Telefon Pintar Paling Laris


Mungkin kat Malaysia orang lebih suka Blackberry. Blackberry ni macam menunjukkan status seseorang tu. Bila tau orang tu pakai blackberry.first impression-wow! Sedangkan pemakaian sesebuah telefon bimbit itu bergantung kepada kehendak orang tu sendiri.

Kalau sesorang tu businessman yang sibuk dan perlu sentiasa membuka emailnya, yes!memang perlu blackberry. Atau kalau nak lebih kepada hiburan better iPhone. Di luar negara, mungkin orang sanggup beratur nak menunggu latest iPhone seperti iPhone 4 aritu. Dan RA dapat tau iPhone 5 akan dikeluarkan tidak lama lagi.Tepuk dada, tanya selera.

LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. - Agensi

Blog via Fesbuk