Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

1,086 Penjawat Awam Muflis


Pekerja swasta mungkin sakit kepala memikirkan soal duit ketika bersara, tapi pekerjaan sektor kerajaan mungkin juga dibelenggu perkara yang sama jika mereka mengamalkan sikap boros dan tamak.

PUTRAJAYA - Seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada tahun 2009.

Jumlah itu merupakan 1.46 peratus daripada bilangan keseluruhan 1.27 juta penjawat awam.

Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka yang muflis adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, perkara itu disebabkan mereka dibelenggu hutang yang serius sehingga membawa kepada muflis.

"Ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka dan jika prestasi terjejas teruk, tindakan tatatertib boleh diambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Tuesday, March 1, 2011

Surat Dr.M vs Surat Balasan TG Nik Aziz


Panaz..panaz...akhir2 ni RA perasan ramai bloger yang posting surat Dr.M kepada TG Nik Aziz. Tapi yang RA tak perasannya surat balasan TG Nik Aziz kepada Dr.M. Maybe blogger2 tersebut tak tanya dahulu pakcik google mereka.

Kat sini maksud adil adalah meletakkan sesuatu di tempatnya. Jadi RA cuba bersikap adil. Kalau kita letak satu surat sahaja ibaratnya kita ada dua anak, anak bongsu menangis dan kita marah kepada anak sulung. Kita tak tanya anak sulung kenapa anak bongsu menangis.Kedua-duanya merupakan tokoh yang amat RA hormati, jadi terpulang kepada semua pihak untuk menilai. Opss satu lagi, Kamal Artatuk yang Dr.M sebut dalam suratnya pernah RA posting di blog ni. Mungkin kalau bos korang takde kat opis @ dah abis mop lantai kat umah tu boleh baca juga di sini.


Surat Dr.M kepada TG Nik Aziz

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwatun..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.


Surat Balasan TG. Nik Aziz kepada Dr.M

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama.

Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Tuesday, February 15, 2011

Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

Pedang Rasulallah disimpan di muzium Turki

Kebiasaannya semasa sekolah, sirah nabawiyah yang kita belajar dalam buku teks hanya menceritakan perkara-perkara asas tentang Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahui lebih banyak dan mencintai Rasulallah(tak kenal maka tak cinta) mungkin kita kena berusaha sendiri contohnya pergi ke surau, masjid (mungkin ada diceritakan di dalam ceramah agama) atau pun buku-buku sejarah. Hari ini Maulidur Rasul, jadi en3 RA kali ini mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad yang jarang diketahui(mungkin) oleh kita semua. Trivia:

1) Nabi Isa A.S pernah menceritakan rasul yang terakhir bernama Ahmad (yang terpuji)
2) Datuk nabi, Abdul Mutalib menamakan cucunya Muhammad. Sebelum ini tiada orang arab yang menamakan anak-anak mereka dengan nama Muhammad (yang terpuji)
3) Setelah kelahiran nabi Muhammad, api Majusi yang tidak pernah,terpadam(sekarang Iran). Sejak itu mereka tidak lagi boleh mengirim jin-jin untuk mencuri dengar perbualan malaikat-malaikat di langit.(ilmu ramalan)
4) Nabi dikirim pedalaman untuk disusukan, semua orang tidak mahu mengambil nabi kerana nabi seorang anak yatim. Halimah ibu susuan nabi sanggup dan sejak itu kambing-kambingnya menjadi gemuk
5) Hati nabi dicuci sebanyak 2 kali (bukan senang woo nak sucikan hati). Pertama ketika di kecil, ke-2 ketika peristiwa Israj-Mikraj
6) Awan sentiasa mengikuti nabi sejak dari kecil hingga kewafatannya. Orang-orang menyedari tahu nabi adalah orang yang istimewa. Termasuk bila bapa saudaranya Abi Talib ingin membawanya ke Syam, tapi berpatah balik bila seorang pendeta Yahudi menasihatkannya bimbang mereka akan membunuh nabi (orang Yahudi tidak boleh terima nabi terakhir adalah orang arab).
7) Nabi hanya pernah melihat malaikat Jibril dengan rupanya yang asal sebanyak dua kali sahaja. Yang pertama ketika wahyu yang pertama.
8) Ummu Aiman penjaga nabi adalah hamba warisan dari ayahnya Abdullah. Setelah dewasa nabi memerdekakannya dan sering memanggilnya ibu. Ummu Aiman pernah diberi air dari syurga ketika berjalan kaki tanpa bekalan, berhijrah ke Madinah(antara yang terawal). Sejak itu Ummu Aiman tidak pernah merasa haus.
9) Orang tengah nabi dan khadijah, Maisarah adalah seorang lelaki.
10)Setelah kematian Khadijah barulah nabi berkahwin lain.
11) Nabi memiliki banyak mukjizat tetapi tidak menunjukkannya bimbang ummahnya menyembahnya bukan menyembah Allah setelah kewafatannya.
12) Batu terapung yang ingin mengikuti nabi ketika peristiwa Israj Mikraj sampai sekarang boleh dilihat di Dome of Rock, Palestin. Pihak Zionis Israel menguasai kawasan tersebut.
13) Buraj yang membawa nabi dalam peristiwa Israj Mikraj sudah lama rindu untuk bertemu dengan baginda. Allah mengabulkan permintaannya.
14)Nabi Muhammad dapat melihat ayah baginda ketika peristiwa Israj Mikraj. Dilihatnya ayahnya sedang bersandar di Kaabah di Arasyh.
15) Antara yang terawal memeluk Islam ialah sekumpulan jin yang melalui tempat teduh nabi berehat selepas nabi dilempar batu oleh kaum Ta'if.
16) Baginda ummi (buta huruf)-hikmatnya manusia selepas itu tidak boleh megatakan Al-Quran adalah ciptaan nabi.
17) Baginda sakit selepas makan daging kambing yang dihidang wanita Yahudi (jahanam orang Yahudi).

Batu di Dome of Rock di Palestin

18) Setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Bilal bin Rabbah tidak pernah mengalunkan azan. Kecuali sekali,ketika perjumpaan semula sahabat-sahabat nabi tetapi azan dengan penuh kesedihan.
19) Sebelum kewafatan baginda, Allah memberi peluang kepada baginda untuk hidup selama-lamanya dan dunia ini menjadi miliknya, menjadi raja lebih dari Nabi Sulaiman, tetapi nabi menolak kerana baginda lebih rindu untuk bertemu dengan Allah S.W.T.


Monday, February 14, 2011

Kerana Keyboard Iman Binasa

Sekarang ni banyak sangat forum dalam internet yang tumbuh macam cendawan pas hujan, biasa yang kecoh sangat kalau forum mengenai politik. Biasalah masing-masing nak menegakkan benang basah. Sebab nak sokong parti masing2 punya pasal kadang-kadang lupa diri tengah emo, jd macam2 pendapat yang dikeluarkan, RA tanak bagi link forum tu kat sini sebeb takot kecoh plak. Sebab tujuan utama en3 ni bukan nak bagi kecoh, cuma nak suh pembaca berfikir 2-3 kali sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai agama, tak kira lah apapun pandagan politik masing-masing. Jangan kerana pulut santan binasa, kerana keyboard iman binasa. (maaf, peribahasa agak tidak seimbang).Contoh kat bawah yang RA rasa macam ragu2 samada dia ni kena mengucap balik ke macam mana?

klik gambar jika mata anda rabun(utk besarkan imej)

En3 ini bukan berkenaan parti politik mana-mana pun. Semua org ada sebab untuk nak menyokong parti masing-masing. Tapi dalam hal ni, kita takleh menyangkal apalagi nak mempertikaikan apa sahaja yang Allah tetap tetapkan untuk hamba-hamba-Nya supaya hidup kita tidak menjadi porak peranda. Ia seolah-olah bila peperiksaan Matematik dapat 99% dikira lulus, dapat A+ lagi. Tapi dalam Islam bila kita menolak walau satu ayat dikira tidak lulus(terkeluar dari iman). Jadi selepas ini, sesiapa nak bercakap se-elok2nya berfikir masak2 supaya iman tidak tergelincir lari dari landasan.

Monday, February 7, 2011

Akhbar Israel Ramal BN Kekal Memerintah


RA terjumpa fakta ni ketika sedang membaca blog faisal tehrani (soal politik bukan urusan RA), salah satu entrynya bertajuk

Akhbar Israel Ramal Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bangkit Seperti Rakyat Mesir. Jadi RA tampal kat sini untuk tatapan semua, Artikel penuh akhbar Israel ada link ini . Di bawah ni adalah terjemahan dalam Bahasa Melayu (supaya ada yang tak salah faham).

Apakah ada kemungkinan Malaysia akan menurut jejak Mesir meskipun terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara?Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.

Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.

"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller." (klik sini)

Dalam erti kata lain, akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.

Sekiranya senario ketiga berlaku di Mesir, iaitu revolusi penuh, fenomena yang sama boleh menjangkit ke Yaman, Arab Saudi, Libya, Bahrain dan beberapa negara lain. Ini bermakna Syria dan Iran akan mempunyai teman yang lebih kuat. Jika itu berlaku, Israel tidak akan ada pilihan lain, melainkan memberi perhatian kepada rantau baharu yang mana 'aspirasi demokrasi rakyatnya adalah rendah'.

Perhatian Zionis mungkin berpindah ke rantau sebelah sini.(rantau Asia Tenggara)

Saturday, February 5, 2011

Bandar Mesra Alam Terbesar Di Dunia

LAKARAN artis menunjukkan kawasan bandar Masdar di pinggir Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.

ABU DHABI - Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih.

Bandar mesra alam itu dikenali sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut bermula sejak 2006.

Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan.

Bandar itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang pelajar menyertai projek Masdar.

Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts.

Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus tersebut.

Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar.

"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, Frank Wouters.

Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama Shams 1.

Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga AS$600 juta (RM1.83 bilion).

Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia. - Agensi

Thursday, February 3, 2011

20,000 Rakyat Yaman Pula Bangkit

Demonstrasi di ibukota Yaman, Sanaa (AP Photo/Hani Mohammed
Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters

SANAA, 3 Feb 11: Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini, menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.
Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini, mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.

Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.

Bagaimanapun sejak awal pagi tadi, penunjuk perasaan antikerajaan Yemen sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak protes tercetus di negara Semenanjung Arab itu dua minggu lalu, tindakan yang turut didorong oleh protes politik Tunisia.

“Rakyat mahukan perubahan rejim,” laung penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Universiti Sanaa di sini.

“Tiada rasuah, tidak kepada pemerintahan diktator,” kata penunjuk-penunjuk perasaan dipetik laporan msnbc hari ini.

Melihat pada pemberontakan yang semakin membara di dunia Arab, Ali Abdullah semalam berkata, beliau akan berundur apabila mandat kepimpinannya berakhir dalam dua tahun lagi. Beliau juga berjanji anaknya tidak akan mengambil alih jawatan daripada beliau kelak.

“Tiada lanjutan kuasa, tidak diwarisi, tidak akan mengubah kedudukan jam,” kata beliau.

Jurucakap pembangkang Mohammed al-Sabri bagaimanapun telah menolak untuk berunding dengan Ali Abdullah sambil melahirkan kesangsian mengenai tawaran presiden itu. Mohammed berkata Ali Abdullah pernah membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan bertanding semula.

Ali Abdullah memerintah Yemen sejak 32 tahun lalu. Ia dilihat sebagai protes terbesar di Yemen, satu lagi negara rakan Amerika Syarikat dalam memerangi rangkaian Al-Qaeda. Wael Mansour, jurucakap penganjur demonstrasi berkata hari ini, rakyat Yemen tidak berpuas hati dengan pengakuan dibuat oleh presiden mereka semalam.

“Hari ini akan ada tekanan yang lebih besar, segar ke atas Presiden Ali Abdullah, yang perlu adakan lebih banyak kompromi dengan pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kemungkinan kompromi yang dimaksudkan. Yemen merupakan negara paling miskin di dunia Arab dan menjadi syurga rangkaian Al-Qaeda. Hampir separuh penduduk Yemen tinggal di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari. (IH)

Kredit untuk Ibnu Hasyim

Monday, January 31, 2011

Harga petrol RON97 naik lagi




Mak aih..terkejut RA sebab tetau je RON97 naik hari ni.Tu pun mula-mula RA tengok status kawan di laman facebook.Bila RA godek2 kosmo online,memah sah harga RON97 naik lagi.RA tak berapa nak kisah sangat sebab RA pakai RON95 tapi yang nak dikisahkan dan dibimbangkan takut-takut harga barang pulak yang melambung.

Kalau nak diikutkan pun contohnya harga gula baru-baru ni naik 20 sen.serta merta harga teh tarik dan seangkatan dengannya naik mendadak.Padahal mereka gunakan hanya secubit sahaja untuk segelas. Mungkin dah jadi keuntungan bila harga teh tarik naik 20 sen, atas sekilo gula mereka boleh untung rm20.Apa jadahnya??

RA pun buka pro-pembangkang selama ni. Tapi RA pun ada perasaan. Baru-baru ni dalam kehujanan kesian tengok ada satu family tu naik moto dan anak kecil mereka menumpang teduh berhampiran rumah RA. Hmm..masih ada yang susah, walaupun RA berkereta..macam mana dengan orang-orang lain yang lebih susah? Mungkin usaha pun dah terlebih tapi apakan daya..


Yang RA tak berapa nak faham bila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, harga kita pun naik juga.Bukan ke kita yang jual minyak?Bukan ke kita yang jadi makin kaya?Mungkin ada yang boleh tolong jawab persoalan ini?Sebab RA bukan pakar sangat dalam bidang ekonomi ni.


KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekali gus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Januari lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter. - Bernama

Sunday, January 30, 2011

Antara Wardina Safiyyah, Hosni Mubarak dan Rakyat Mesir


Ni apahal?perempuan tua pun nak jadi mangsanya


Menunaikan kewajipan


Tunjuk perasaan beramai-ramai

Ni kes takleh sabar dah ni,lantakla diorang guna apa pun








Hosni Mubarak yang sengal
Entry Wardina Safiyyah yang meluahkan kemarahannya

Bila RA tgk status twitter Wardina Saffiyah, bagus jugak kalau ada selebriti yang prihatin tentang isu semasa ni. Artis lain mungkin lebih suka bercakap mengenai diri sendiri atau pasal berebut lelaki je(kot).Jadi RA terpanggil untuk buat entry mengenai keadaan Mesir yang semakin resah ni.Ada jugak link untuk keluarga dan sanak-saudara pelajar dan rakyat Malaysia di krisismesirnasibrakyatkita.

Update untu hari ini 31 January 2011:
Mansurah:
1)rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi mesir (5 petang malaysia)
2) balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di mansurah
3) mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut bila tiba masanya
4) maklumat dari informer kami, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar malaysia di mansurah, cuma ada pelajar indonesia yg terkena tembak, itu sahaja

Tanta:
1`)catuan bekalan air dan elektrik berlangsung
2) text message dari kawan :
a)"sy bru dpt txt dari kwn kt tanta, katenye ad student kne tembak kt kki, kne peluru sesat"
-sy ex-cairo (anonymous)
b) kwn sy dr tanta kate. da ade 12 kete kebal kt sne. n ade my fren. dye dpt cntct dgn stdnt kt sne. dye ckp da ade sorg stdnt msia kene tembak kt kaki. kene peluru sesat~
-zera syahira-

Kaherah:
1)hari lepas-kenderaan polis dan tentera dimusnahkan
2)hari ini- tentera take over city, control keadaan, setakat ni keamanan dan keselamatan semakin pulih

Airport:
1) semenjak tentera mesir kembali berkuasa, kaunter check in dibuka semula.
2) banyak departure gate di open smula

Alexandria:
1) keadaan semakin bertambah baik untuk pelajar malaysia (dari segi keamanan)
2) harga barang naik, kedai tutup, pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas
3) bekalan letrik dan air masih lagi berfungsi (bagi area as safirah, tempat lain tak pasti lagi)


Sekali lagi RA 'cut & paste' dari beritasemasa mengenai hal-hal yang membangkitkan kemarahan rakyat Mesir.

Sistem pemerintahan Mesir di bawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat Mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.

Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembali pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak letak jawatan !!
Selama berpuluh-puluh tahun rakyat Mesir menderita di bawah rejim Hosni Mubarak, kini sudah tiba untuk mereka melakukan dan menuntut perubahan besar dalam pemerintahan Mesir. Satu persatu BONEKA YAHUDI akan tumbang. INSYAALLAH…!!! Hanya masa akan menentukan. Pemberontakan rakyat Mesir yang bermula kelmarin berlanjutan sehingga malam hari selama 48 jam dan mengikut laporan luar negara sehingga sekarang demonstrasi masih berlanjutan, sehinggalah regim mubarak/yahudi tumbang.

USA terpaksa suruh Hillary Clinton untuk keluar kenyataan masuk campur dalam keadaan demontrasi rakyat Mesir. Jikalau regim Hosni Mubarak Mubarak tumbang, kepentingan USA, Yahudi Zionis di Timur Tengah akan longgar disebabkan Mesir ini seperti benteng bagi USA dan Yahudi Zionis. Dikhabarkan juga jikalau Hosni Mubarak jatuh, USA dikatakan ada pilihan kedua untuk naikkan pro USA dan Yahudi Zionis.

Diharapkan keadilan Palestin sakan lebih terbela sekiranya Diktator Hosni Mubarak tumbang. Doa-doa orang yang dizalimi sudah mula dimakbulkan. InsyaAllah! Kalau tanya kami patutkah rakyat Mesir bangkit seperti yang ada sekarang? Ya, memang patut pun, kami sangat-sangat bersetuju. Mana pilihan yang terbaik :

Susah untuk tempoh-tempoh seminggu yang terakhir ini untuk mereka berjuang habis-habisan menuntut keadilan dan menentang pemerintahan zalim Hosni Mubarak dan akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Mesir atau…..
Terus-terusan ditindas, ditekan dan dizalimi dan membiarkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak dan kemudian dengan anaknya menekan rakyat Mesir?
Sampai bila mahu rakyat Mesir perlu tunggu?

Saturday, January 29, 2011

Kuasa Rakyat Tunisia, Tumbangnya Rejim Ben Ali




Kredit untuk beritasemasa, RA dapat artikel ni semasa sedang mencari berita mengenai demontrasi rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak. Nampak gayanya, rakyat Mesir dapat idea dan semangat dari rakyat Tunisia.Hmm..kampung terbakar nampak asap, hati yang sakit..?

Hari ini sejarah telah membuktikan kerajaan Tunisia di bawah rejim bekas Presiden Zine el-Abidine Ben Ali yang berumur 74 tahun “runtuh”. Beliau terpaksa lari bersama-sama dengan isterinya, bekas First Lady Tunisia (Leila Ben Ali) selepas digulingkan rakyatnya sendiri.

Di Tunisia sekarang ini rakyatnya sedang bangkit menentang apa yang dikatakan kezaliman yang dilakukan kerajaan Tunisia sebelum ini di bawah kepimpinan Zine el-Abidine Ben Al. Apa yang boleh kita semua belajar daripada apa yang berlaku di Tunisia ketika ini?

* Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk kepentingan peribadi, begitu juga limpahan kekayaan diberikan kepada kroni-kroni presiden Zine el-Abidine Ben Al. Sehinggakan seorang presiden yang sepatutnya diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga dan menguruskan khazanah Tunisia dengan baik, telah bertindak menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion. Beliau songlap khazanah Tunisia tanpa kebenaran rakyat, adakah rakyat Tunisia nak diam sahaja?

* Tak cukup dengan masalah si bekas Presiden Tunisia, rakyat Tunisia menjadi semakin marah apabila melihat isteri bekas Presiden Tunisia iaitu Leila Ben Ali (First Lady Tunisia), yang digelar ramai sebagai Imelda Marcos versi negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka membeli-belah terutamanya di Dubai.

* Ramai graduan yang susah nak dapat kerja di sana. Dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja yang mana dikatakan setinggi 14%

* Korupsi semakin menjadi-jadi di Tunisia

* Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab di Tunisia

* Akhbar-akhbar dan media massa dikawal oleh kerajaan. Realitinya, Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain di mana TV dan radio berat sebelah kepada kerajaan

* Semua projek mesti melalui isteri presiden dan pembodek kerajaan pasti dapat kerja dan projek pembangunan kerajaan

* Internet pun nak dikawal

* Kesatuan sekerja dikawal dan ditutup suara mereka. Begitu juga pelajar dan Universiti dikawal oleh akta universiti yang menyekat pengaruh mahasiswa

* Dalam laporan Wikileaks keluarga Ben Ali didakwa bertindak menerbangkan Yogurt dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah kapal layar bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis

* Tidak berhati perut, manakan tidaknya apabila di Tunisia juga tidak dibenarkan demonstrasi anti Israel. Tak cukup dengan itu, Ben Ali juga melarang upaya mengumpulkan bantuan rakyat untuk warga Gaza

Sejarah sudah membuktikan First Lady daripada beberapa negara di bawah pernah jatuh disebabkan sifat tamak, rakus dan juga tidak berperikamanusian mereka :

* Ilmelda Marcos (Filipina)
* Madam Suharto (Indonesia)
* Sekarang sudah ada “penggantinya”, Ilmelda Marcos versi Arab Leila Ben Ali

Mana tidaknya, Leila Ben Ali dahulunya hanya bekas pendandan rambut sahaja dan beliau pun datang daripada keluarga sederhana, tetapi beliau telah menggunakan sepenuh kesempatan selepas perkahwinannya dengan Ben Ali sehingga mampu mengubah nasib keluarganya Trabelsis untuk menjadi antara keluarga terkaya di Tunisia. Pemimpin dan kroni semakin kaya, rakyat semakin tertindas dan hanya melopong melihatkan sumber khazanah dan pentadbiran negara tidak diuruskan dengan betul. dan terus disonglap. sesuka hati. Rakyat Tunisia nak diam kalau begini?

Leila Ben Ali semasa mempunyai kuasa, telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai antara ahli politik wanita Arab paling progresif dan banyak mengetuai yayasan amal dan memperjuangkan hak wanita selain kehidupannya yang suka berbelanja mewah.
Selepas digulingkan oleh rakyat Tunisia, Zine el-Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke Perancis bersama anak-anaknya dan menetap hotel mewah di Disneyland. Belanja tinggal di sana tidak menjadi masalah, kerana dia dah songlap duit rakyat Tunisia dah banyak, setakat kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300 bukan menjadi masalah besar untuknya.

Manakala Leila Ben Ali bertindak melarikan diri ke Dubai, destinasi beli-belah sering dikunjunginya semasa beliau menjadi First Lady Tunisia sebelum ini.
Yang menyedihkan, Presiden Perancis, Presiden Sarkozy sendiri telah mengusir dari negaranya puak-puak yang telah diguling oleh rakyat Tunisia baru-baru tetapi berlaku sebaliknya di negara Islam seperti Arab Saudi yang sanggup bersetongkol dan menerima “puak-puak” yang seperti ini untuk mereka diberikan “suaka politik” di Jeddah, Arab Saudi.

Tidak dapat disangkal lagi mantan Presiden Tunisia, Ben Ali pendukung terbesar Israel. Puak Zionis Israel sendiri rasa dah mula risau selepas tumbangnya kekuasaan kerajaan “kuku besi” Zine El Abidine Ben Ali. Yang pastinya pihak Barat mahupun Zionis tidak mahu kehilangan “anjing-anjing belaan” mereka termasuklah Husni Mobarak. Adakah selepas ini akan berlaku kebangkitan rakyat bagi negara-negara seperti Libya, Algeria dan Mesir?

Blog via Fesbuk