Monday, February 28, 2011

Anak Selangor Dapat RM1500

Menarik bila baca posting tentang ni kat kawan RA, mamairdiena ,so RA pun tanya pakcik google. Yelah RA pun ada anak saudara yang lahir di Selangor selepas 2008. Mana tau, perkara ni pun akan bermakna untuk diorang. Check-it out berita ni yang RA ambil selangorkini. Nak wat ulasan sendiri kang takot terbabas. Jadi sesiapa yang ada anak lahir di Selangor boleh la apply kad ahli manja tawas (tawas??) ni. Teringat plak , kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu pun ada bagi saguhati RM1000 kepada anak Terengganu yang mendapat tawaran belajar ke IPTA/ IPTS. Best kan...sekarang terpulang kpd negeri masing-masing, barang percuma lagi..mesti la lagi best kan..


SHAH ALAM, 7 Februari – Kad ahli Si Manja Tawas (Tabung Warisan Anak Selangor) dilancarkan hari ini dalam satu majlis yang dihadiri hampir 200 keluarga dari seluruh Selangor.

Tawas, salah satu program yang diperkenalkan kerajaan negeri dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), menghadiahkan pelaburan sebanyak RM100 kepada setiap anak Selangor yang lahir mulai tahun 2008.

Bagi setiap pendaftaran yang berjaya, peserta akan menerima sebanyak RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan itu apabila usia mereka mencecah 18 tahun.

Turut berlangsung, majlis penyerahan sijil simpanan Tawas AmBank.

Majlis yang berlangsung di kediaman Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Megawati dekat sini turut dihadiri Dato’ Azlan Hashim yang mewakili Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad.

Hadir sama, isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata Tawas adalah sumbangan permulaan kerajaan negeri kepada anak-anak Selangor.

“Ia melambangkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri mengagihkan kekayaan untuk dinikmati bersama.

“Dengan penyerahan sijil simpanan pelaburan dan kad ahli Si Manja Tawas hari ini bermakna tertunailah satu janji lagi daripada kerajaan negeri kepada rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang merangka fasa kedua agenda MES yang bukan sahaja merangkumi program-program lanjutan fasa pertama tetapi juga melibatkan program baharu dengan kumpulan sasar tertentu.

“Antara kumpulan sasar yang diberi keutamaan termasuklah peniaga muda, belia dan orang kurang upaya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri tidak menolak untuk mengagihkan keuntungan daripada pelaburan Tawas selepas lima tahun.

“Boleh jadi selepas lima tahun (apabila) kita fikir sudah untung kita boleh agihkan secara memberi bonus kepada mereka dalam bentuk kebajikan,” katanya.

Beliau menyifatkan usahasama kerajaan negeri dengan AmBank adalah satu bentuk kerjasama yang baik yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Setakat ini, kira-kira 2,000 pendaftaran diterima Pejabat Operasi Tawas yang terletak di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. – NOOR ALLIA KASSIM


No comments:

Blog via Fesbuk