Hahaha dengan tajuk ni kat kosmo 13 Februari 2011( AS Bimbang Masa Depan Mesir),apa yang RA boleh perkatakan - PALA HOTAK HANG!! padan ngan muka AS & Israel. Rasa-rasanya bukan diorang bimbang masa depan Mesir, tapi bimbang dengan nasib diorang selepas ini. Kerana sebelum ini Hosni Mubarak membenarkan gas asli disalurkan kepada pihak Israel.(bodoh!). Dan selepas ini penduduk Mesir mahu pentadbir sementara membuka pintu sempadan ke Palestin. Sebelum ni pun sukarela terpaksa menggunakan jalan laut untuk sampaikan bantuan. Last2 tengok la apa yang terjadi pada Mavi Marmara. Mungkin sudah sampai masanya Israel pula ada 'kupu-kupu dalam perut'.(istilah kampung utk-butterfly in my stomach)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkan pengunduran secara aman Presiden Mesir Hosni Mubarak menandakan permulaan untuk pemerintahan demokrasi di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu.
Namun, beliau menambah, “Detik sukar akan menanti.” Obama dan kerajaan AS meluahkan kebimbangan siapakah yang akan menerajui pemerintahan di Mesir dan sama ada pemerintah baru itu akan bersekutu dengan AS mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah.
AS juga khuatir isu di Mesir itu akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. - AFP
BEIRUT: Penduduk di seluruh dunia Arab meraikan kegembiraan selepas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, malam semalam.
Dari Beirut ke Gaza, berpuluh-puluh ribu orang mengagihkan manisan, membakar bunga api dan melepaskan tembakan sebagai tanda sokongan kepada penunjuk perasaan selain kerajaan Jordan, Iraq dan Sudan turut menyampaikan ucapan kesyukuran di atas kejayaan rakyat Mesir.
Malah, di Israel yang mengikuti perkembangan 18 hari kebangkitan rakyat Mesir itu berpendapat, penunjuk perasaan sudah menang. Bekas Menteri Pertahanan Israel, Ben-Eliezer dalam kenyataannya kepada televisyen saluran 10 negara itu, berkata: “Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Tindakan Hosni itu yang terbaik.” Pemimpin Hamas pula menyeru kerajaan baru Mesir supaya membuka sempadan di Gaza.
“Hari ini, Mesir mencatat bab baru dalam sejarah dunia Arab dan saya lihat sekatan di Gaza mengalami keretakan sekarang,” kata Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.
Beribu-ribu penduduk Gaza pula keluar beramai-ramai memenuhi jalan raya meraikan kegembiraan mereka. “Tuhan merahmati Mesir, hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insha-Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan,” kata penduduk, Radwa Abu Ali yang mengagihkan manisan.
Sementara itu, akhbar di Britain pula menyambut penyingkiran Hosni dan mengiktirafnya sebagai detik bermakna dalam sejarah walaupun terdapat kebimbangan terhadap masa depan yang belum pasti di Mesir. Kebanyakan muka depan akhbar di negara itu menyiarkan gambar penunjuk perasaan meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir di Kaherah. ‘Sejarah Dicatat’, lapor tajuk muka depan akhbar The Times. Kejatuhan Hosni membawa kegembiraan, harapan dan kebebasan kepada rakyat Mesir tetapi turut menjanjikan keadaan tidak pasti terhadap perubahan di negara berkenaan, lapor akhbar itu. - AFP
No comments:
Post a Comment