Monday, February 7, 2011

Fasha-Jejai Putus, Yusry Meluat

klik jika mata anda rabun (untuk besarkan gambar)


Tidak dapat disangkal Fasha Sandha merupakan artis mempunyai banyak kontroversi dan dalam masa yang sama peluang berlakon masih datang mencura. Media juga sudah memaafkannya atas ketelajuran berkata-kata dahulu.

Negara pula seolah-olah dilanda garuda pula bila mengetahui hubungan Fasha-Jejai(bekas suami Nora Danish) putus di tengah jalan. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya ribut di tengah hari.

RA bukan nak cerita panjang lebar sangat mengenai Fasha ini cuma RA sangat jelik bila media zaman sekarang ini lebih suka bercerita mengenai perkara-perkara sebegini macam lah penting sangat. Muka depan pulak tuh. Hingga Yusry Abdul Halim (KRU) membuat status di laman facebook mengenai pelik dan jeliknya media ketika ini ketika menerbitkan cerita mengenai Fasha-Jejai Putus(mungkin).

Ikuti screen shot yang sempat RA ambil hihi...

Bukan Yusry seorang sahaja, Pak Nil (Aznil Haji Nawawi) juga ada mengulas mengenai perkara sama dalam Metro Ahad. Antara ulasan Pak Nil

"Pak Nil tidak minat untuk bercerita lebih dalam mengenai kekeruhan hubungan mereka sehingga berlaku perpisahan. Namun Pak Nil terpanggil untuk melihat akan kehebatan cerita kisah cinta artis yang belum mempunyai apa-apa hubungan tetapi mendapat liputan meluas pihak media.

Namun kita kena akur bahawa kini kita hidup dalam dunia yang cukup berbeza. Segala informasi berada di hujung jari kita dan segala cerita boleh tersebar dengan bukti begitu cepat sekali. Agak sukar untuk menyorok kebenaran. Maka itulah pengakuan antara pilihan selebriti masa kini namun bila berpisah sebelum berkahwin pun, kenyataan harus dibuat sama ada melalui Facebook, blog, Twitter atau SMS! Semoga Fasha dan artis lain ambil pengajaran dan renungkan cara terbaik jika ingin bercinta dengan formula yang dapat mengelak daripada tertempelak ke muka kita balik jika hubungan tidak menjadi. Pak Nil yakin pasti ada jalan untuk menyelamatkan keadaan daripada mendapat aib percuma!"

2 comments:

atie said...

muak..tolongla jgn letak berita utama kt paper psl die lagi..sekali pandang pun tak lalu..hoho

Mita said...

itulah..sgt bengang nape ia plak yg jd cover depan..orang lain lagi berhak, media pun satu. ramai lagi berita budak sakit, org miskin yang perlu didahulukan, takpun kisah kejayaan orang2 malaysia. baru pagi2 mood ok pas baca paper.

Blog via Fesbuk