Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Tuanku Mizan Terbang Dengan Jet Sukhoi


Agak-agak kalau diberi peluang korang ada berani tak naik jet sukhoi yang terbang 15,000 kaki dengan kelajuan supersonik tuh. Agak-agak mesti muntah hijau dulu kan? Bangga juga Tuanku Mizan a.k.a sultan dari negeri Terengganu ni (hehe) boleh naik jet ni,walaupun orang lain yang pandu tapi bila dah kelajuan supersonik siapa yang sanggup kan? Engkau ada?? hehe...lagilah Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama menaiki jet Sukhoi ni di dunia...ehem ehem..macam citer Independence Day je, tapi realitinya ada ke Presiden US sendiri nak bertempur ngan alien@ musuh?haha..
RA tau Tuanku Mizan ni patriotik orangnya. Seawal helikopter Nuri jatuh 4 tahun lepas (2007), baginda dan Pemaisuri Agung antara yang terawal turun padang meninjau dan menyambut 6 jenazah anggota TUDM. Ironikkan bila Tuanku Mizan sampai lebih dulu dari yang lain..

BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini dibawa menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Pangkalan Udara TUDM di sini.

Ia merupakan peristiwa bersejarah kerana Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama yang menaiki pesawat Sukhoi yang dibawakan khas dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.

Pesawat yang membawa Seri Paduka itu bertolak kira-kira pukul 10.40 pagi dan mengambil masa 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada kelajuan supersonik.

Jet itu dipandu Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, Seri Paduka begitu teruja dapatmerasai pengalaman bersama menerbangkan pesawat tempur itu selain menyertai Kelab Supersonic TUDM.

''Ketika sesi taklimat sebelum penerbangan juga, Seri Paduka begitu gembira untuk terbang dan menunjukkan kepada rakyat jelata keupayaan pesawat Sukhoi untuk terbang dan beroperasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Malah, katanya, Tuanku Mizan juga menunjukkan rasa gembira apabila selamat mendarat dan bertitah mahu mencuba penerbangan lain selepas ini.
Sementara itu, Mohd. Asghar Khan berkata, beliau berbangga kerana terpilih untuk menerbangkan Seri Paduka dan bersyukur apabila penerbangan itu berjalan dengan baik.

Menurutnya, beliau membawa Seri Paduka terbang pada ketinggian 15,000 kaki dengan kelajuan maksimum ke Pulau Langkawi sebelum turun ke paras 200 kaki bagi membolehkan Seri Paduka menikmati pemandangan di sekitar pulau legenda itu.

''Saya juga membawa Seri Paduka ke Pulau Pinang dan terbang di sebelah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang'' katanya.

Terdahulu itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di pangkalan itu disambut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Rodzali.
Sebaik tiba, Tuanku Mizan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum diberi taklimat mengenai pesawat Sukhoi SU-30MKM oleh Rodzali.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Tuesday, February 8, 2011

Jualan terhad model R3 Satria Neo



Be the first of your friends to like this.


KUALA LUMPUR - Bagi peminat kereta model terbaru Proton Holdings Bhd. (Proton), Proton R3 Satria Neo, ia kini boleh ditempah dengan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model berkenaan hanya dijual dalam bilangan terhad dan ia dijual pada harga RM79,797 (MT Metalik).

"Yuran tempahan pula adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran model terbaru itu nanti," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! 9 Februari 2011.
Nota Kaki RA- RA tunggu Saga Baru 1.6


Friday, January 28, 2011

Volkswagen cipta kereta paling jimat minyak



Agaknya kalau menggunakan 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter (1 liter=RM0.85 Ron 85) maknanya dari Terengganu ke Kuala Lumpur nak isi minyaknya x sampai pun RM10, kalau pergi balik ke tempat kerja, selamat la wang saku RA tiap-tiap bulan.

DOHA - Pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen mempamerkan kereta paling jimat minyak di dunia dalam Pertunjukan Kereta Qatar malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.

Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.

Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.

Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.

Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).

Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.

Pengerusi Volkswagen, Dr Martin Winterhorn menyatakan XL1 akan mula dijual di Britain dan Jerman pada harga yang berpatutan.

Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek. - Agensi

Blog via Fesbuk