Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mulai Hari Ini Minta Suami Simpan Janggut


Menyimpang janggut adalah merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Orang lelaki amat digalakkan untuk mengamalkannya. Rasulullah s.a.w menyuruh ummah baginda supaya tidak menyerupai kaum Yahudu. Orang-orang yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh ummahnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai. Antara faedah yang didapati dengan menyimpan janggut ialah:

* Mendapat pahala, ini kerana menyimpan janggut merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

* Janggut adalah merupakan perhiasan bagi kaum lelaki, oleh itu kaum lelaki sepatutnya menghargai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka.

* Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya.

* Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya.

* Menyimpan janggut juga dapat menyelamatkan seseorang daripada satu penyakit yang berbahaya iaitu AIDS , kerana AIDS boleh merebak melalui perkongsian pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga dapat menjimatkan belanja harian seseorang ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan lebih kurang RM 3.90 seminggu untuk membeli pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga boleh menjimatkan masa , ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya...wallahua'lam

Monday, March 21, 2011

Sunat Nikah Di Masjid


Apa kebende la diorang..ni tade keje lain agaknya sampai kes menikah dalam masjid pun nak jadik bahan berita. Abis tu yang abis beratus ribu wat majlis kat hotel, majlis tari menari siap kata tak haram plak..membazir kan amalan syaitan. FYI menikah di masjid adalah sunat di dalam Islam, kat bawah ni RA cut n paste penerangan dari Ustaz Azhar tentang sunat/ harus nikah di masjid,so sesiapa yang pernah bernikah di masjid boleh menarik nafas lega. :)


Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..

siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam

Friday, February 25, 2011

Tanda Mencintai




Ting! Tong! tetiba en3 kali ni macam jiwang semacam haha (sila ketuk kepala saya dengan sudu 44x)... bukan pe..akhir-akhir ni ada kawan-kawan yang nak kahwin always ask me d same thing..

Macam mana nak tahu kita mencintainya?

mana tau ada orang yang lagi kita cintai pasni bla bla bla n bla..how to know that i love him/her?

wow..good question murid-murid hehe..dulu sebelum kahwin pun RA ada tertanya-tanya soklan ni..yelah..nak bina masjid,syaitan pun suka berbisik-bisik..nak suh kte ragu etc kan..

Soalan paling bagus ni boleh dijawab dengan jawapan berbentuk soalan juga:-

SANGGUP TAK KEHILANGANNYA?

yes! alhamdulillah, semua kawan2 yang bile diajukan soalan ni semua akan menjawab TIDAK! Ya..anda memang mencintai pasangan anda jika anda tidak sanggup kehilangannya..

Soalan ni bukan saje seswai dengan orang nak kahwin, tapi utk org dah kahwin juga..yelah orang kata selepas kahwin mungkin hilang sket rasanya..(ye ke?) @ ketika anda selepas bertengkar..mesti nak menang je kan....masa itulah tanya diri anda..sanggup tak kehilangannya?jawab..jawab...


Tuesday, February 22, 2011

Diet Cara Rasulallah S.A.W


Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan anda semua

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglahajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme ialah mekanisma percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

p/s : Sampaikan walau sepatah..

Wednesday, February 16, 2011

Isteri Mithali Mintak Cerai Dengan Suami


Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand(murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...PELAT!!

Tuesday, February 15, 2011

Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

Pedang Rasulallah disimpan di muzium Turki

Kebiasaannya semasa sekolah, sirah nabawiyah yang kita belajar dalam buku teks hanya menceritakan perkara-perkara asas tentang Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahui lebih banyak dan mencintai Rasulallah(tak kenal maka tak cinta) mungkin kita kena berusaha sendiri contohnya pergi ke surau, masjid (mungkin ada diceritakan di dalam ceramah agama) atau pun buku-buku sejarah. Hari ini Maulidur Rasul, jadi en3 RA kali ini mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad yang jarang diketahui(mungkin) oleh kita semua. Trivia:

1) Nabi Isa A.S pernah menceritakan rasul yang terakhir bernama Ahmad (yang terpuji)
2) Datuk nabi, Abdul Mutalib menamakan cucunya Muhammad. Sebelum ini tiada orang arab yang menamakan anak-anak mereka dengan nama Muhammad (yang terpuji)
3) Setelah kelahiran nabi Muhammad, api Majusi yang tidak pernah,terpadam(sekarang Iran). Sejak itu mereka tidak lagi boleh mengirim jin-jin untuk mencuri dengar perbualan malaikat-malaikat di langit.(ilmu ramalan)
4) Nabi dikirim pedalaman untuk disusukan, semua orang tidak mahu mengambil nabi kerana nabi seorang anak yatim. Halimah ibu susuan nabi sanggup dan sejak itu kambing-kambingnya menjadi gemuk
5) Hati nabi dicuci sebanyak 2 kali (bukan senang woo nak sucikan hati). Pertama ketika di kecil, ke-2 ketika peristiwa Israj-Mikraj
6) Awan sentiasa mengikuti nabi sejak dari kecil hingga kewafatannya. Orang-orang menyedari tahu nabi adalah orang yang istimewa. Termasuk bila bapa saudaranya Abi Talib ingin membawanya ke Syam, tapi berpatah balik bila seorang pendeta Yahudi menasihatkannya bimbang mereka akan membunuh nabi (orang Yahudi tidak boleh terima nabi terakhir adalah orang arab).
7) Nabi hanya pernah melihat malaikat Jibril dengan rupanya yang asal sebanyak dua kali sahaja. Yang pertama ketika wahyu yang pertama.
8) Ummu Aiman penjaga nabi adalah hamba warisan dari ayahnya Abdullah. Setelah dewasa nabi memerdekakannya dan sering memanggilnya ibu. Ummu Aiman pernah diberi air dari syurga ketika berjalan kaki tanpa bekalan, berhijrah ke Madinah(antara yang terawal). Sejak itu Ummu Aiman tidak pernah merasa haus.
9) Orang tengah nabi dan khadijah, Maisarah adalah seorang lelaki.
10)Setelah kematian Khadijah barulah nabi berkahwin lain.
11) Nabi memiliki banyak mukjizat tetapi tidak menunjukkannya bimbang ummahnya menyembahnya bukan menyembah Allah setelah kewafatannya.
12) Batu terapung yang ingin mengikuti nabi ketika peristiwa Israj Mikraj sampai sekarang boleh dilihat di Dome of Rock, Palestin. Pihak Zionis Israel menguasai kawasan tersebut.
13) Buraj yang membawa nabi dalam peristiwa Israj Mikraj sudah lama rindu untuk bertemu dengan baginda. Allah mengabulkan permintaannya.
14)Nabi Muhammad dapat melihat ayah baginda ketika peristiwa Israj Mikraj. Dilihatnya ayahnya sedang bersandar di Kaabah di Arasyh.
15) Antara yang terawal memeluk Islam ialah sekumpulan jin yang melalui tempat teduh nabi berehat selepas nabi dilempar batu oleh kaum Ta'if.
16) Baginda ummi (buta huruf)-hikmatnya manusia selepas itu tidak boleh megatakan Al-Quran adalah ciptaan nabi.
17) Baginda sakit selepas makan daging kambing yang dihidang wanita Yahudi (jahanam orang Yahudi).

Batu di Dome of Rock di Palestin

18) Setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Bilal bin Rabbah tidak pernah mengalunkan azan. Kecuali sekali,ketika perjumpaan semula sahabat-sahabat nabi tetapi azan dengan penuh kesedihan.
19) Sebelum kewafatan baginda, Allah memberi peluang kepada baginda untuk hidup selama-lamanya dan dunia ini menjadi miliknya, menjadi raja lebih dari Nabi Sulaiman, tetapi nabi menolak kerana baginda lebih rindu untuk bertemu dengan Allah S.W.T.


Friday, February 11, 2011

Aurat-Don't Judge A Book By Its Cover??

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kuala Lumpur

23 Muharram 1428H

11 Feb 2007

Wednesday, February 9, 2011

Hukum Analisa Tarikh Lahir

Gambar Hiasan Sahaja(jangan saman tau)

Sumber: zaharuddin.net Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan

SOALAN

Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman - www.zaharuddin.net 19 Januari 2010

Nota Kaki RA- Sabda Rasulallah S.A.W - " Syirik itu seperti semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap"

Blog via Fesbuk