Monday, February 28, 2011

Anak Selangor Dapat RM1500

Menarik bila baca posting tentang ni kat kawan RA, mamairdiena ,so RA pun tanya pakcik google. Yelah RA pun ada anak saudara yang lahir di Selangor selepas 2008. Mana tau, perkara ni pun akan bermakna untuk diorang. Check-it out berita ni yang RA ambil selangorkini. Nak wat ulasan sendiri kang takot terbabas. Jadi sesiapa yang ada anak lahir di Selangor boleh la apply kad ahli manja tawas (tawas??) ni. Teringat plak , kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu pun ada bagi saguhati RM1000 kepada anak Terengganu yang mendapat tawaran belajar ke IPTA/ IPTS. Best kan...sekarang terpulang kpd negeri masing-masing, barang percuma lagi..mesti la lagi best kan..


SHAH ALAM, 7 Februari – Kad ahli Si Manja Tawas (Tabung Warisan Anak Selangor) dilancarkan hari ini dalam satu majlis yang dihadiri hampir 200 keluarga dari seluruh Selangor.

Tawas, salah satu program yang diperkenalkan kerajaan negeri dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), menghadiahkan pelaburan sebanyak RM100 kepada setiap anak Selangor yang lahir mulai tahun 2008.

Bagi setiap pendaftaran yang berjaya, peserta akan menerima sebanyak RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan itu apabila usia mereka mencecah 18 tahun.

Turut berlangsung, majlis penyerahan sijil simpanan Tawas AmBank.

Majlis yang berlangsung di kediaman Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Megawati dekat sini turut dihadiri Dato’ Azlan Hashim yang mewakili Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad.

Hadir sama, isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata Tawas adalah sumbangan permulaan kerajaan negeri kepada anak-anak Selangor.

“Ia melambangkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri mengagihkan kekayaan untuk dinikmati bersama.

“Dengan penyerahan sijil simpanan pelaburan dan kad ahli Si Manja Tawas hari ini bermakna tertunailah satu janji lagi daripada kerajaan negeri kepada rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang merangka fasa kedua agenda MES yang bukan sahaja merangkumi program-program lanjutan fasa pertama tetapi juga melibatkan program baharu dengan kumpulan sasar tertentu.

“Antara kumpulan sasar yang diberi keutamaan termasuklah peniaga muda, belia dan orang kurang upaya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri tidak menolak untuk mengagihkan keuntungan daripada pelaburan Tawas selepas lima tahun.

“Boleh jadi selepas lima tahun (apabila) kita fikir sudah untung kita boleh agihkan secara memberi bonus kepada mereka dalam bentuk kebajikan,” katanya.

Beliau menyifatkan usahasama kerajaan negeri dengan AmBank adalah satu bentuk kerjasama yang baik yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Setakat ini, kira-kira 2,000 pendaftaran diterima Pejabat Operasi Tawas yang terletak di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam. – NOOR ALLIA KASSIM


Saturday, February 26, 2011

Lihat Gambar Cara Lama di Facebook

Arrghhhhh.. tu lah ayat mampu dilafazkan masa mula2 facebook buat features baru dengan keluar gambar besar gedabak di screen kite.Nak- nak kalau pc korang tu slow tahap kura-kura mengandung 9 bulan..mmg nazak. Ada yang trus hilang selera nak lihat gambar2 kawan yang di-upload begitu banyak sekali kan..siannya...kat sini maybe facebook nak tolong korang sbb korang tak perlu masuk ke page lain yang membazir waktu korang selama 0.00001 saat, tapi disebabkan tahap kelajuan pc @ internet korang yang tak macam internet mark zuckerberg tu maybe tujuan facebook tak mencapai matlamat 1Malaysia kat sini hehe.

Tapi kat sini facebook tak akan lupakan korang camtu je. RA pun baru jumpa kaedah ni baru je semalam (rasa cam bodo je)..jd disebabkan tagline RA pada hari ini ialah u'll never walk alone(saya bukan peminat liverpool), so RA wat en3 ni utk mudahkan korang ye,..at first kalau korang lihat mesti pic tu besar godzilla camni kat bawah ni kan...kat sini size does matter sbb pcRA kat opis pun kecik je...



Penyelesaiannya just korang klik kanan je dan pilih open link in new tab/ window. automatik korang akan dibawa ke page lain yang korang boleh lihat pic cam dulu2..simple kan..so pasni jangan campak pc korang ke luar tingkap hehe...sori Maisya..arini jd Pak Jabar..tumpang glemer jap..


Taraaa... dah jadi cam dulu kan ...smile!


Satu lagi..RA baru perasan pic kawan yang di-upload boleh share..hmm?? sejak bile ye..tak perasan dia di kolej











Friday, February 25, 2011

Tanda Mencintai




Ting! Tong! tetiba en3 kali ni macam jiwang semacam haha (sila ketuk kepala saya dengan sudu 44x)... bukan pe..akhir-akhir ni ada kawan-kawan yang nak kahwin always ask me d same thing..

Macam mana nak tahu kita mencintainya?

mana tau ada orang yang lagi kita cintai pasni bla bla bla n bla..how to know that i love him/her?

wow..good question murid-murid hehe..dulu sebelum kahwin pun RA ada tertanya-tanya soklan ni..yelah..nak bina masjid,syaitan pun suka berbisik-bisik..nak suh kte ragu etc kan..

Soalan paling bagus ni boleh dijawab dengan jawapan berbentuk soalan juga:-

SANGGUP TAK KEHILANGANNYA?

yes! alhamdulillah, semua kawan2 yang bile diajukan soalan ni semua akan menjawab TIDAK! Ya..anda memang mencintai pasangan anda jika anda tidak sanggup kehilangannya..

Soalan ni bukan saje seswai dengan orang nak kahwin, tapi utk org dah kahwin juga..yelah orang kata selepas kahwin mungkin hilang sket rasanya..(ye ke?) @ ketika anda selepas bertengkar..mesti nak menang je kan....masa itulah tanya diri anda..sanggup tak kehilangannya?jawab..jawab...


Wednesday, February 23, 2011

iPhone Bukan Telefon Pintar Paling Laris


Mungkin kat Malaysia orang lebih suka Blackberry. Blackberry ni macam menunjukkan status seseorang tu. Bila tau orang tu pakai blackberry.first impression-wow! Sedangkan pemakaian sesebuah telefon bimbit itu bergantung kepada kehendak orang tu sendiri.

Kalau sesorang tu businessman yang sibuk dan perlu sentiasa membuka emailnya, yes!memang perlu blackberry. Atau kalau nak lebih kepada hiburan better iPhone. Di luar negara, mungkin orang sanggup beratur nak menunggu latest iPhone seperti iPhone 4 aritu. Dan RA dapat tau iPhone 5 akan dikeluarkan tidak lama lagi.Tepuk dada, tanya selera.

LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. - Agensi

Kematian Ngeri Kamal Ataturk


RA teringat, semasa sekolah dulu cikgu-cikgu sentiasa menampal cerita-cerita mengenai agama dari seluruh dunia untuk pelajar di sebuah board. maklumlah bila duduk di asrama, jadi kurang mendapat berita dari luar. RA teringat ada satu kisah yang cikgu tampal tentang kematian ngeri Kamal Ataturk. Sampai sekarang RA masih ingat. Terima kasih cikgu kerana apa yang cikgu buat dapat memberi pengajaran kepada anak muridnya supaya jangan berpaling dari perintah Allah. Ikuti detik-detik kematian Kamal Ataturk, seorang pemimpin Turki.

Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-peminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.
Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.

Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.
Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.

Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.

Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut….

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.

Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.
Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Mesti korang pelik kenapa Kamal Artatuk di azab dengan begitu sekali? Sedangkan dia seorang Islam.Ini kerana, sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi Perdana Menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Tuesday, February 22, 2011

Diet Cara Rasulallah S.A.W


Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan anda semua

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglahajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme ialah mekanisma percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

p/s : Sampaikan walau sepatah..

Friday, February 18, 2011

Tuanku Mizan Terbang Dengan Jet Sukhoi


Agak-agak kalau diberi peluang korang ada berani tak naik jet sukhoi yang terbang 15,000 kaki dengan kelajuan supersonik tuh. Agak-agak mesti muntah hijau dulu kan? Bangga juga Tuanku Mizan a.k.a sultan dari negeri Terengganu ni (hehe) boleh naik jet ni,walaupun orang lain yang pandu tapi bila dah kelajuan supersonik siapa yang sanggup kan? Engkau ada?? hehe...lagilah Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama menaiki jet Sukhoi ni di dunia...ehem ehem..macam citer Independence Day je, tapi realitinya ada ke Presiden US sendiri nak bertempur ngan alien@ musuh?haha..
RA tau Tuanku Mizan ni patriotik orangnya. Seawal helikopter Nuri jatuh 4 tahun lepas (2007), baginda dan Pemaisuri Agung antara yang terawal turun padang meninjau dan menyambut 6 jenazah anggota TUDM. Ironikkan bila Tuanku Mizan sampai lebih dulu dari yang lain..

BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini dibawa menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Pangkalan Udara TUDM di sini.

Ia merupakan peristiwa bersejarah kerana Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama yang menaiki pesawat Sukhoi yang dibawakan khas dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.

Pesawat yang membawa Seri Paduka itu bertolak kira-kira pukul 10.40 pagi dan mengambil masa 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada kelajuan supersonik.

Jet itu dipandu Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, Seri Paduka begitu teruja dapatmerasai pengalaman bersama menerbangkan pesawat tempur itu selain menyertai Kelab Supersonic TUDM.

''Ketika sesi taklimat sebelum penerbangan juga, Seri Paduka begitu gembira untuk terbang dan menunjukkan kepada rakyat jelata keupayaan pesawat Sukhoi untuk terbang dan beroperasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Malah, katanya, Tuanku Mizan juga menunjukkan rasa gembira apabila selamat mendarat dan bertitah mahu mencuba penerbangan lain selepas ini.
Sementara itu, Mohd. Asghar Khan berkata, beliau berbangga kerana terpilih untuk menerbangkan Seri Paduka dan bersyukur apabila penerbangan itu berjalan dengan baik.

Menurutnya, beliau membawa Seri Paduka terbang pada ketinggian 15,000 kaki dengan kelajuan maksimum ke Pulau Langkawi sebelum turun ke paras 200 kaki bagi membolehkan Seri Paduka menikmati pemandangan di sekitar pulau legenda itu.

''Saya juga membawa Seri Paduka ke Pulau Pinang dan terbang di sebelah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang'' katanya.

Terdahulu itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di pangkalan itu disambut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Rodzali.
Sebaik tiba, Tuanku Mizan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum diberi taklimat mengenai pesawat Sukhoi SU-30MKM oleh Rodzali.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Thursday, February 17, 2011

Mesir- AS & Israel Ada Kupu-Kupu Dalam Perut

Hahaha dengan tajuk ni kat kosmo 13 Februari 2011( AS Bimbang Masa Depan Mesir),apa yang RA boleh perkatakan - PALA HOTAK HANG!! padan ngan muka AS & Israel. Rasa-rasanya bukan diorang bimbang masa depan Mesir, tapi bimbang dengan nasib diorang selepas ini. Kerana sebelum ini Hosni Mubarak membenarkan gas asli disalurkan kepada pihak Israel.(bodoh!). Dan selepas ini penduduk Mesir mahu pentadbir sementara membuka pintu sempadan ke Palestin. Sebelum ni pun sukarela terpaksa menggunakan jalan laut untuk sampaikan bantuan. Last2 tengok la apa yang terjadi pada Mavi Marmara. Mungkin sudah sampai masanya Israel pula ada 'kupu-kupu dalam perut'.(istilah kampung utk-butterfly in my stomach)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkan pengunduran secara aman Presiden Mesir Hosni Mubarak menandakan permulaan untuk pemerintahan demokrasi di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu.

Namun, beliau menambah, “Detik sukar akan menanti.” Obama dan kerajaan AS meluahkan kebimbangan siapakah yang akan menerajui pemerintahan di Mesir dan sama ada pemerintah baru itu akan bersekutu dengan AS mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah.


AS juga khuatir isu di Mesir itu akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. - AFP



BEIRUT: Penduduk di seluruh dunia Arab meraikan kegembiraan selepas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, malam semalam.

Dari Beirut ke Gaza, berpuluh-puluh ribu orang mengagihkan manisan, membakar bunga api dan melepaskan tembakan sebagai tanda sokongan kepada penunjuk perasaan selain kerajaan Jordan, Iraq dan Sudan turut menyampaikan ucapan kesyukuran di atas kejayaan rakyat Mesir.


Malah, di Israel yang mengikuti perkembangan 18 hari kebangkitan rakyat Mesir itu berpendapat, penunjuk perasaan sudah menang. Bekas Menteri Pertahanan Israel, Ben-Eliezer dalam kenyataannya kepada televisyen saluran 10 negara itu, berkata: “Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Tindakan Hosni itu yang terbaik.” Pemimpin Hamas pula menyeru kerajaan baru Mesir supaya membuka sempadan di Gaza.

“Hari ini, Mesir mencatat bab baru dalam sejarah dunia Arab dan saya lihat sekatan di Gaza mengalami keretakan sekarang,” kata Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.


Beribu-ribu penduduk Gaza pula keluar beramai-ramai memenuhi jalan raya meraikan kegembiraan mereka. “Tuhan merahmati Mesir, hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insha-Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan,” kata penduduk, Radwa Abu Ali yang mengagihkan manisan.


Sementara itu, akhbar di Britain pula menyambut penyingkiran Hosni dan mengiktirafnya sebagai detik bermakna dalam sejarah walaupun terdapat kebimbangan terhadap masa depan yang belum pasti di Mesir. Kebanyakan muka depan akhbar di negara itu menyiarkan gambar penunjuk perasaan meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir di Kaherah. ‘Sejarah Dicatat’, lapor tajuk muka depan akhbar The Times. Kejatuhan Hosni membawa kegembiraan, harapan dan kebebasan kepada rakyat Mesir tetapi turut menjanjikan keadaan tidak pasti terhadap perubahan di negara berkenaan, lapor akhbar itu. - AFP

Fungsi Baru Facebook Semakin Memeningkan

Tetiba rajin nak wat en3 ni sebab rasa cam makin tak selesa kot ngan fungsi facebook yang kadang2 tak sampai seminggu ada je features baru yang diorang buat. Agak2nya Mark Zukerberg ni tak tido malam perah otak camner nak memeningkan lagi pengguna-pengguna facebook. Agak-agak yang lama dah tak masuk facebook mungkin agak terkezut dimana:

1) Profile pic kita yang seketul tuh boleh wat cam kat bawah ni..mula2 RA perasan mende ni masuk paper, godek punya godek RA jumpa camner nak buat camni haha..


2) Ni satu hal, RA dah setting mende ni RA je yang boleh tengok kalau ada sesiapa yang tag RA, tapi keluar jugak kat wall...(dan plak nape plak RA kene tag pic sebegitu, laki RA tak seganas tuh huhu~)
3) Dulu kalau keluar status camni, kita boleh komen kat bawah tuh, biasa RA suka komen kalau kawan RA 'baru nak berkawan' dengan kawan dia yang dah lama dia kenal, takpun kalau kawan RA 'are now friend' ngan nama orang pelik2 contohnya Saya Suke Tido(bukan nama sebenar)..hehe saje kacau
4) Yang terbaru, baru 2 hari lepas RA perasan, bila kita klik gambar,mak aih..beso nye pop up gambar tuh. Boleh nampak jerawat kat muka orang tuh. Agak-agak computer yang macam siput sedut mesti bengang sebab jadi cam berat plak. Contoh gambar budak comel a.k.a player yang kat bawah ni, RA cilok dari Puan Maisya..jgn mare ek..ni anak dia..(nak wat contoh gambar laki tawkot orang terpikat plak)


5) Kalau-kalau ada gambo yang kita komen boleh pulak keluar kat wall kawan kita, kita komen gambar tuh. Jadi macam tak privacy gitu. Yes, mende tuh boleh delete kat profile kita tapi bimbang jugak kalau ada kawan-kawan kita yang tak banyak 'friend' tuh, gambar yang kita komen akan keluar seketul seketul. Kadang-kadang nak mengumpat pun tak boleh thehehe..

Cuma setakat ni cadangan RA, facebook boleh antar file masih belum di-approve kan lagi ahaks..(admin facebook tak layan langsung).Kalau2 ada lagi perubahan RA akan posting k :)

Wednesday, February 16, 2011

Biar Betik?! Resepi Asal Coke Ada Alkohol?



Semasa RA baca kosmo 2-3 hari yang lepas, tertarik dengan satu artikel mengenai rahsia resepi coca cola terbongkar. Ini hanya 1% daripada kandungan asalnya. Yang membuatkan biji mata RA nak terjolol bila melihat salah satu 'ingredient' nya adalah 8 oz alkohol..erkk!! tanpa rasa bersalah, biar betik kandungannya ada alkohol..dan..dan...ada ke alkohol yang halal?hmm... kenapa tak jadi berita utama pulak? dan..dan.. dan lagi..ni yang payahnya kalau mende2 ni sume ada 'secret recipe' kan?? kan...kan?

Sebuah laman web mendakwa telah menemui resepi rahsia Coca-Cola. Thisamericanlife.org mendakwa telah menemui satu senarai dalam bentuk foto di dalam satu artikel suratkhabar menunjukkan bahan dan jumlah yang tepat untuk membuat minuman tersebut.Dan sebenarnya artikel dari surat khabar tersebut telah dikeluarkan pada tahun 1970-an.

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri.

Atlanta Journal-Constitution edisi 8 Februari 1979 mempunyai gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton's.

Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca Cola, Merchandise 7X.

Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, Merchandise 7X dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut.


‘Resepi Rahsia’

Fluid extract of Coca 3 drams USP (coca tu dadah ke?)
Asid Sitrik 3 oz
Kefain 1oz -owhh patut la rasa cambest
Gula 30 (bergantung banyak mana kuantiti)
Air 2.5 gal
Jus limau 2 pints(1 per 8 gelen) 1 qrt
Vanilla 1oz
Karamel 1.5oz or more to colour
7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
Alkohol 8oz
Minyak oren 20 titis
Minyak lemon 30 titis
Nutmeg oil 10 drops
Coriander 5 drops
Neroli 10 drops
Cinnamon 10 drops
Siapa Yang Tahu???

Hanya dua orang sahaja yang mengetahui rahsia resipi Coca Cola iaitu dua orang eksekutifnya.Mereka telah membuat lagenda iaitu seorang eksekutif hanya mengetahui sebahagian dan seorang lagi mengetahui selebihnya tetapi ia tidak benar kerana ia diciptakan untuk iklan Coke sahaja.

Mereka meletakkan salinan asal ramuan Coca itu Sun Trust Bank di Atlanta.Bagi memastikan Sun Trust tidak membocorkan mereka memberi sebanyak 48.3 juta saham Coca Cola.Mereka juga diberikan syarikat untuk untuk diletakkan sebagai lembaga pengarah Coke.

Coca Cola juga memiliki polisi yang agak pelik untuk rahsia formula Coke hinggakan kedua-dua eksekutif tidak boleh menaiki pesawat yang sama.( Faham-faham sajalah )

Sumber:thisamericanlife.org


Isteri Mithali Mintak Cerai Dengan Suami


Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand(murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...PELAT!!

Tuesday, February 15, 2011

Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

Pedang Rasulallah disimpan di muzium Turki

Kebiasaannya semasa sekolah, sirah nabawiyah yang kita belajar dalam buku teks hanya menceritakan perkara-perkara asas tentang Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahui lebih banyak dan mencintai Rasulallah(tak kenal maka tak cinta) mungkin kita kena berusaha sendiri contohnya pergi ke surau, masjid (mungkin ada diceritakan di dalam ceramah agama) atau pun buku-buku sejarah. Hari ini Maulidur Rasul, jadi en3 RA kali ini mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad yang jarang diketahui(mungkin) oleh kita semua. Trivia:

1) Nabi Isa A.S pernah menceritakan rasul yang terakhir bernama Ahmad (yang terpuji)
2) Datuk nabi, Abdul Mutalib menamakan cucunya Muhammad. Sebelum ini tiada orang arab yang menamakan anak-anak mereka dengan nama Muhammad (yang terpuji)
3) Setelah kelahiran nabi Muhammad, api Majusi yang tidak pernah,terpadam(sekarang Iran). Sejak itu mereka tidak lagi boleh mengirim jin-jin untuk mencuri dengar perbualan malaikat-malaikat di langit.(ilmu ramalan)
4) Nabi dikirim pedalaman untuk disusukan, semua orang tidak mahu mengambil nabi kerana nabi seorang anak yatim. Halimah ibu susuan nabi sanggup dan sejak itu kambing-kambingnya menjadi gemuk
5) Hati nabi dicuci sebanyak 2 kali (bukan senang woo nak sucikan hati). Pertama ketika di kecil, ke-2 ketika peristiwa Israj-Mikraj
6) Awan sentiasa mengikuti nabi sejak dari kecil hingga kewafatannya. Orang-orang menyedari tahu nabi adalah orang yang istimewa. Termasuk bila bapa saudaranya Abi Talib ingin membawanya ke Syam, tapi berpatah balik bila seorang pendeta Yahudi menasihatkannya bimbang mereka akan membunuh nabi (orang Yahudi tidak boleh terima nabi terakhir adalah orang arab).
7) Nabi hanya pernah melihat malaikat Jibril dengan rupanya yang asal sebanyak dua kali sahaja. Yang pertama ketika wahyu yang pertama.
8) Ummu Aiman penjaga nabi adalah hamba warisan dari ayahnya Abdullah. Setelah dewasa nabi memerdekakannya dan sering memanggilnya ibu. Ummu Aiman pernah diberi air dari syurga ketika berjalan kaki tanpa bekalan, berhijrah ke Madinah(antara yang terawal). Sejak itu Ummu Aiman tidak pernah merasa haus.
9) Orang tengah nabi dan khadijah, Maisarah adalah seorang lelaki.
10)Setelah kematian Khadijah barulah nabi berkahwin lain.
11) Nabi memiliki banyak mukjizat tetapi tidak menunjukkannya bimbang ummahnya menyembahnya bukan menyembah Allah setelah kewafatannya.
12) Batu terapung yang ingin mengikuti nabi ketika peristiwa Israj Mikraj sampai sekarang boleh dilihat di Dome of Rock, Palestin. Pihak Zionis Israel menguasai kawasan tersebut.
13) Buraj yang membawa nabi dalam peristiwa Israj Mikraj sudah lama rindu untuk bertemu dengan baginda. Allah mengabulkan permintaannya.
14)Nabi Muhammad dapat melihat ayah baginda ketika peristiwa Israj Mikraj. Dilihatnya ayahnya sedang bersandar di Kaabah di Arasyh.
15) Antara yang terawal memeluk Islam ialah sekumpulan jin yang melalui tempat teduh nabi berehat selepas nabi dilempar batu oleh kaum Ta'if.
16) Baginda ummi (buta huruf)-hikmatnya manusia selepas itu tidak boleh megatakan Al-Quran adalah ciptaan nabi.
17) Baginda sakit selepas makan daging kambing yang dihidang wanita Yahudi (jahanam orang Yahudi).

Batu di Dome of Rock di Palestin

18) Setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Bilal bin Rabbah tidak pernah mengalunkan azan. Kecuali sekali,ketika perjumpaan semula sahabat-sahabat nabi tetapi azan dengan penuh kesedihan.
19) Sebelum kewafatan baginda, Allah memberi peluang kepada baginda untuk hidup selama-lamanya dan dunia ini menjadi miliknya, menjadi raja lebih dari Nabi Sulaiman, tetapi nabi menolak kerana baginda lebih rindu untuk bertemu dengan Allah S.W.T.


Monday, February 14, 2011

OMG! Anda Mungkin Pernah Berjudi!


Syabas Inspector Sahab pada opismate RA,Encik S kerana mengeluarkan isu ni. Sekarang ni baru RA tahu mende-mende judi ni dah masuk secara halus dalam kehidupan seharian kita, anda juga mungkin. Fuh! berpeluh ketiak nak memahami mende ni. Jadi apalagi, RA pun search kat Zaharuddin.net. Kita tahu judi itu haram, tapi mungkin kita tak sedar kita terlibat di dalamnya.Contoh:
1) Satu pertandingan memancing di tempat anda, bayaran yuran RM60. Yuran tu dikenakan untuk pembelian hadiah anda.-sah! berjudi.
2) korang pakat2 main futsal, pasukan yang kalah kena belanja-sah! berjudi.
3)korang adik beradik wat gathering main boling, sumbang rm50 seorang, duit untuk beli hadiah, tempat pertama hadiah paling besar, corot a.k.a bola masuk longkang dapat adiah kecik-sah!berjudi.
Yang lain-lain boleh baca artikel kat bawah.Sumber Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. (dijamin tak sampai 5 minit).- Yang baik semua dari Allah S.W.T, Yang buruk dari diri saya sendiri.

Sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.


Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)



Disebutkan :-


إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء


Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.


Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Hukum : Ia adalah halal.


b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.


Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.


c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.


Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

Permainan @ Peraduan Moden
Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.


2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.

Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-


1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Mac 2008



Kerana Keyboard Iman Binasa

Sekarang ni banyak sangat forum dalam internet yang tumbuh macam cendawan pas hujan, biasa yang kecoh sangat kalau forum mengenai politik. Biasalah masing-masing nak menegakkan benang basah. Sebab nak sokong parti masing2 punya pasal kadang-kadang lupa diri tengah emo, jd macam2 pendapat yang dikeluarkan, RA tanak bagi link forum tu kat sini sebeb takot kecoh plak. Sebab tujuan utama en3 ni bukan nak bagi kecoh, cuma nak suh pembaca berfikir 2-3 kali sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai agama, tak kira lah apapun pandagan politik masing-masing. Jangan kerana pulut santan binasa, kerana keyboard iman binasa. (maaf, peribahasa agak tidak seimbang).Contoh kat bawah yang RA rasa macam ragu2 samada dia ni kena mengucap balik ke macam mana?

klik gambar jika mata anda rabun(utk besarkan imej)

En3 ini bukan berkenaan parti politik mana-mana pun. Semua org ada sebab untuk nak menyokong parti masing-masing. Tapi dalam hal ni, kita takleh menyangkal apalagi nak mempertikaikan apa sahaja yang Allah tetap tetapkan untuk hamba-hamba-Nya supaya hidup kita tidak menjadi porak peranda. Ia seolah-olah bila peperiksaan Matematik dapat 99% dikira lulus, dapat A+ lagi. Tapi dalam Islam bila kita menolak walau satu ayat dikira tidak lulus(terkeluar dari iman). Jadi selepas ini, sesiapa nak bercakap se-elok2nya berfikir masak2 supaya iman tidak tergelincir lari dari landasan.

Friday, February 11, 2011

10 Sebab Blog Dikau Sungguh Annoying


Salam, dah lama RA simpan posting ni sebelum publish, RA tunggu mood RA ok, kat sini RA nak kongsi posting dari JustKhai( Ranking 11 dalam Top 100 Malaysian Blog).Tips kat bawah ni bukan dari RA ye sebab siapalah RA nak bagi tips macam ni,setakat ni ada 10 followers je :) Tapi yang tulisan bold tuh RA bagi ulasan berdasarkan pengalaman RA sebab nanti bosan plak kalau just 'cut n paste' je kan. Jadi cam tak kreatif & inovativ plak hihi..dikau sungguh Annoying

Annoying ni dalam Kamus Dewan RA (hehe) maksudnya mengganu, mengjengkelkan,sebal etc means kalau orang baca, trus orang trus tekan butang pangkah kat atas browser sebelah kanan atas tuh.huhu~Ni dia tip-tips nya. Selamat membaca!

1. Rasa pening bila masuk blog yang masuk-masuk je, terus keluar lagu. Mean lagu akan autoplay. Korang boleh letak lagu kalau rasa nak share lagu yang korang suka, tapi tak perlu autoplay kot? biar orang klik play sendiri kalau dia nak dengar. Lagi annoying kalau reader blog korang tu tengah bukak lagu dari PC dia sendiri then keluar lagu dari blog korang tanpa diminta.. Apapun, korang boleh dimaafkan kalau blog korang tu sangat comel apalagi kalau owner blog tu seorang awek cun pastinya Aiman tak kesah! ape lagi Khai?- owh, RA penah wat macam ni, tu pun masa mula-mula posting dulu, bukan pe,RA nak kawan-kawan RA tahu lagu apa yang RA suka dengar, tapi bila RA masuk blog orang lain yang ada lagu rasa terganggu pulak,So RA buang widget mixpod tu.Jadi betullah sungguh annoying.

2. Font terlalu kecil. Semua pun tahu yang kita boleh besarkan font kat browser dengan hold Ctrl + Scroll Up atau Ctrl and "+ - ", tapi ape salahnya korang terus je tambah besarkan sikit saiz font tu. Kan itu bermakna, korang tak perlu menyusahkah readers.. Tak la berapa nak annoying kot?-Huh!memang pun..kadang-kadang terpaksa dekatkan pc kat muka sebab kadang-kadang inti sesuatu blog tuh dah world tapi last-last jadi fening..huhu~

3. Pastikan blog korang diletakkan "read more" untuk setiap entri panjang.. Jangan bantai tulis beribu-ribu patah perkataan, then korang tak letak read more. Forsure jarak scroll browser orang yang nak baca blog korang tu jauhnya mencecah 100 Meter. Mungkin lebih.. Sian kot diorang nak scroll baca blog korang. Kalau Khai, tekan pangkah je la.. Ngerti kamu?-setakat ni RA tak nak wat macam tu kot sebab bila RA baca blog kawan lagi annoying kalau ada -->read more sebab kene bukak page lain..hmmm

4. Penulisan korang dah best. Tak kira lah cerita pasal diri korang ke atau apa sahaja macam Justkhai ni. Apa yang hampasnya, korang dah lupa apa yang cikgu ajar time sekolah dulu. Apa murid-murid? Ya, jangan lupa kasi perenggan sikit. Kasi space kiranya. Jangan duk menulis panjang lebar dalam satu baris. Jangan sampai tanda noktah dan button ENTER kat keyboard korang tu rindu kat korang.- setakat ni RA ikut tips Red Mummy, biar en3 tak panjang, asalkan padat, jelas dan sweet.betul tak?

5. Pernah masuk blog yang owner dia tak reti nak letak gambar? Hurm, ni lagi satu masalah. Kami memang nak baca blog korang, tapi mata ni nak jugak rehat kot nengok gambar-gambar sikit. Nak terus baca apa yang korang tulis, sakit jugak. Lagipun orang kata, gambar tu ada seribu makna kan? Dengan letakkan sedikit gambar yang berkaitan dengan entri korang, mesti reader lebih faham apa yang korang nak sampaikan.. Ingat tu..-Aah, RA memang suka letak gambar, nak2 gambar katun :)

6. Jangan la terlalu rajin nak tukar-tukar warna kat tulisan blog korang tu. Dalam satu entri, tulis je guna warna font yang sama. Macam justkhai ni, tulisan semua hitam kan? Nak baca pun tak pening. Korang pun tak susah nak kena highlight satu-satu then pilih warna. Tak tahu la kalau blog korang tu di dedikasikan untuk badut-badut yang nak baca.. Well.. i'm not badut.. korang pun bukan kan? Tapi kan, kalau korang tu awek cun, mesti orang tak kisahnye.. serious!- Setakat ni tukar warna untuk tulisan bawah picture supaya orang perasan, & buat bold ayat yg RA penting :)

7. Jangan ikut macam blog ni. Kat sidebar berderet panjang sampai ke bawah. Kalau boleh letak mana yang penting je. Tapi kat Justkhai ni, semua penting. Khai nak buat camne kan? Hehehe, actually boleh, asalkan tak annoying untuk reader. Susun la satu-satu kasi kemas sikit. Paling penting, lupakan widget yang berat-berat. Contoh macam Twitter. Kerana itulah twitter tak pernah wujud di Justkhai ni.-Kalau ada iklan memang la jadi panjang, tapi terkagum jugak ngan widget2 kat luar yang mcam best. So, RA sedut wat masuk dalam blog

8. Jangan selitkan smiley-smiley dalam entri di blog korang. Percayalah, its look so annoying!! Trust me. Even korang letak smiley comel-comel pun, ia tetap ternyata hampas. Khai dah buat eksperimen dalam entri Khai sebelum ni yang pasal polis bodoh tu, tapi nampaknya korang selesa jugak ye. Takda siapa yang komen annoying pun. Tapi Khai percaya, sebab Khai sendiri terganggu gila nak baca entri tu yang penuh smiley. Selitkan sikit takpe la, jangan banyak-banyak.. Boleh?-sket je,jangan terlebey sudah

9. Jangan sumbat iklan banyak-banyak kat blog korang macam apa yang blog ni buat. Owner blog ni memang hampeh sebab tu la dia sumbat iklan banyak-banyak. Hahaha. Tapi kan takpe kalau korang still leh manage iklan-iklan tu dengan kemas dan tersusun. Ye la kalau orang dah nak letak iklan kat blog kita, takkan kita tak nak kasi plak kan. Macam la bagus sangat ye tak? Orang dah nak letak iklan pun kira bagus.. Hah, kalau korang nak letak jugak, boleh la usya page pengiklanan.. Hehehehe.-untuk pendapatan apa salahnya, lagi pun selama masuk blog orang lain tak penah pandang pun iklan-iklan tu haha..kuang3

10. Before korang nak update blog, pastikan buat research dulu. Pastikan jangan sesekali salah kasi info kat reader. Orang baca kat blog korang lain, kat blog orang lain pun lain. Alahai.. apapun, if betul korang dah betul-betul salah dan ternyata salah, jangan ego. Jangan dah baling batu sorok tangan pulak kan. Nanti kerat jari tu, baru tahu. Beranikan diri untuk tampil kehadapan.-sebab tu kalau RA ambil info kat online paper, RA cut n paste je,kang tak pasal2 kena saman.kalau kena saman boleh la cakap..alaaa saman la org lain, saya ambil dari dia hehe..

Diharapkan dengan info-info ni korang boleh aplikasikan dalam blog korang ye.Selamat mencuba :)

Aurat-Don't Judge A Book By Its Cover??

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kuala Lumpur

23 Muharram 1428H

11 Feb 2007

Blog via Fesbuk