Saturday, February 5, 2011

Cikgu Shida ada blog


Masa cik abg RA bukak youtube & cari video cikgu shida, terjumpa plak link blog Cik Shida dari Parit. Bukan cik abg minat sangat, tapi saje-saje nak tengok gelagat atau ada video terbaru dia..ehemm..

Bila masuk blog dia hari ni, follower Cikgu Shida dah mencapai 623 orang dan hit 48355 page view(maknanya dah 48355 blog cikgu shida ni dilihat). RA tak pasti dah berapa lama cikgu shida buat blog dia ni.

Dalam blog dia ni, Cikgu Shida ada menulis dia telah dijemput oleh Faizal Ismail dalam rancangannya yang ditayangkan semalam. RA tak berpeluang tgk semalam sebab anak-anak buah RA yang balik CNY nak tengok Ngankung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (gamat satu rumah).
Ulangannya esok Apa Saja FBI- bersama C.S.D.P' AHAD, TV9, 11:30 oagi.

Ada jugak Cikgu Shida ni bercerita mengenai Siti Nurhaliza juga berminat jemput Cikgu Shida ni dalam rancangannya di Astro tapi Cikgu Shida terpaksa menolak kerana ada kerja lain. Jadi Cikgu Shida decide wat miming video untuk Siti Tajuk CT, Situ Sana Sini (btol ke idak tajuknya?-saya bukan peminat siti). Tapi Cikgu Shida tak reveal lagi dalam Youtube sebab tunggu ditayangkan terlebih dahulu dalam rancangan Dato' Siti Nurhaliza.

Pendapat RA, ikut suka hati lah Cikgu Shida nak wat pape pun tapi sebagai saudara se Islam RA harapkan Cikgu Shida yang dah bertudung dan menutup auratnya supaya tidak mendedahkan auratnya ketika dia wat video 'miming art' tu sebab setahu RA video Jangan Berpancaran sahaja sudah mencapai hit 552471, tu pun belum termasuk video-video lain di Youtube.Peminat-peminat Cikgu Shida ni jangan pula melatah dengan teguran RA ni ye, tak pasal-pasal orang-orang tua kata Lebih Sudu Dari Kuah. Wallahualam.

No comments:

Blog via Fesbuk