Saturday, February 5, 2011

Mona Lisa Lelaki?


VINCETI menerangkan rumusannya mengenai model Mona Lisa di kelab akhbar asing di Rome, kelmarin.

Agak-agaknya dunia ni dah nak kiamat. Macam-macam teori, yang pasti RA yang buta seni ini andaikan mungkin ini hanya spekulasi sahaja. Kalau ianya betul budaya mereka memang songsang sejak awal-awal lagi.Memalukan.

ROME: Penyelidik Itali yang pakar dalam menyelesaikan misteri seni mendakwa model potret Mona Lisa hasil lukisan Leonardo da Vinci sebenarnya seorang lelaki. Silvano Vinceti, pengerusi jawatankuasa nasional Itali untuk warisan budaya berkata perantis lelaki pelukis Renaissance kelahiran Florence itu dan kemungkinan kekasihnya Salai menjadi inspirasi utama untuk lukisan itu.
Bagaimanapun, dakwaannya segera dibantah oleh pakar di muzium Louvre di Paris, tempat lukisan itu dipamerkan.
Salai, atau nama sebenarnya Gian Giacomo Caprotti, seorang artis muda lembut yang bekerja dengan da Vinci selama 25 tahun, dianggap berkhidmat sebagai model dan menjadi inspirasi beberapa lukisannya.

Pasangan itu ada hubungan ‘samar-samar’ dan kemungkinan pasangan kekasih, kata Vinceti. Perbandingan antara kriteria wajah beberapa hasil lukisan da Vinci seperti ‘St. John the Baptist’ dan ‘Angel Incarnate’ — mendedahkan kesamaan jelas dengan hidung dan mulut Mona Lisa, katanya. “Ada persamaan yang ketara,” kata Vinceti kepada media. Tambahan pula, kata Vinceti da Vinci meninggalkan petunjuk kepada identiti model dengan huruf kecil L dan S yang ditemui pasukannya dilukis pada mata Mona Lisa. “Pemeriksaan rapat salinan digital berkualiti tinggi potret itu mendedahkan L untuk Leonardo dan S untuk Salai,” katanya. Namun dakwaan Vinceti dibantah pegawai muzium Louvre.

Pegawai muzium itu menegaskan, pihaknya sudah melakukan ‘semua ujian makmal’ ke atas gambar pada 2004 dan kemudian sekali lagi pada 2009, dan menegaskan ‘tiada ukiran, huruf atau nombor ditemui ketika ujian itu.’ “Lukisan di atas kayu sudah berusia itu menyebabkan banyak rekahan muncul yang menyebabkan banyak bentuk muncul yang mungkin di salah tafsirkan,” kata Louvre. Muzium itu juga menuduh Vinceti membuat dakwaan tanpa melihat lukisan itu. – AFP

No comments:

Blog via Fesbuk