Monday, January 31, 2011

Harga petrol RON97 naik lagi




Mak aih..terkejut RA sebab tetau je RON97 naik hari ni.Tu pun mula-mula RA tengok status kawan di laman facebook.Bila RA godek2 kosmo online,memah sah harga RON97 naik lagi.RA tak berapa nak kisah sangat sebab RA pakai RON95 tapi yang nak dikisahkan dan dibimbangkan takut-takut harga barang pulak yang melambung.

Kalau nak diikutkan pun contohnya harga gula baru-baru ni naik 20 sen.serta merta harga teh tarik dan seangkatan dengannya naik mendadak.Padahal mereka gunakan hanya secubit sahaja untuk segelas. Mungkin dah jadi keuntungan bila harga teh tarik naik 20 sen, atas sekilo gula mereka boleh untung rm20.Apa jadahnya??

RA pun buka pro-pembangkang selama ni. Tapi RA pun ada perasaan. Baru-baru ni dalam kehujanan kesian tengok ada satu family tu naik moto dan anak kecil mereka menumpang teduh berhampiran rumah RA. Hmm..masih ada yang susah, walaupun RA berkereta..macam mana dengan orang-orang lain yang lebih susah? Mungkin usaha pun dah terlebih tapi apakan daya..


Yang RA tak berapa nak faham bila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, harga kita pun naik juga.Bukan ke kita yang jual minyak?Bukan ke kita yang jadi makin kaya?Mungkin ada yang boleh tolong jawab persoalan ini?Sebab RA bukan pakar sangat dalam bidang ekonomi ni.


KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekali gus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Januari lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter. - Bernama

Sunday, January 30, 2011

Antara Wardina Safiyyah, Hosni Mubarak dan Rakyat Mesir


Ni apahal?perempuan tua pun nak jadi mangsanya


Menunaikan kewajipan


Tunjuk perasaan beramai-ramai

Ni kes takleh sabar dah ni,lantakla diorang guna apa pun








Hosni Mubarak yang sengal
Entry Wardina Safiyyah yang meluahkan kemarahannya

Bila RA tgk status twitter Wardina Saffiyah, bagus jugak kalau ada selebriti yang prihatin tentang isu semasa ni. Artis lain mungkin lebih suka bercakap mengenai diri sendiri atau pasal berebut lelaki je(kot).Jadi RA terpanggil untuk buat entry mengenai keadaan Mesir yang semakin resah ni.Ada jugak link untuk keluarga dan sanak-saudara pelajar dan rakyat Malaysia di krisismesirnasibrakyatkita.

Update untu hari ini 31 January 2011:
Mansurah:
1)rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi mesir (5 petang malaysia)
2) balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di mansurah
3) mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut bila tiba masanya
4) maklumat dari informer kami, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar malaysia di mansurah, cuma ada pelajar indonesia yg terkena tembak, itu sahaja

Tanta:
1`)catuan bekalan air dan elektrik berlangsung
2) text message dari kawan :
a)"sy bru dpt txt dari kwn kt tanta, katenye ad student kne tembak kt kki, kne peluru sesat"
-sy ex-cairo (anonymous)
b) kwn sy dr tanta kate. da ade 12 kete kebal kt sne. n ade my fren. dye dpt cntct dgn stdnt kt sne. dye ckp da ade sorg stdnt msia kene tembak kt kaki. kene peluru sesat~
-zera syahira-

Kaherah:
1)hari lepas-kenderaan polis dan tentera dimusnahkan
2)hari ini- tentera take over city, control keadaan, setakat ni keamanan dan keselamatan semakin pulih

Airport:
1) semenjak tentera mesir kembali berkuasa, kaunter check in dibuka semula.
2) banyak departure gate di open smula

Alexandria:
1) keadaan semakin bertambah baik untuk pelajar malaysia (dari segi keamanan)
2) harga barang naik, kedai tutup, pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas
3) bekalan letrik dan air masih lagi berfungsi (bagi area as safirah, tempat lain tak pasti lagi)


Sekali lagi RA 'cut & paste' dari beritasemasa mengenai hal-hal yang membangkitkan kemarahan rakyat Mesir.

Sistem pemerintahan Mesir di bawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat Mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.

Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembali pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak letak jawatan !!
Selama berpuluh-puluh tahun rakyat Mesir menderita di bawah rejim Hosni Mubarak, kini sudah tiba untuk mereka melakukan dan menuntut perubahan besar dalam pemerintahan Mesir. Satu persatu BONEKA YAHUDI akan tumbang. INSYAALLAH…!!! Hanya masa akan menentukan. Pemberontakan rakyat Mesir yang bermula kelmarin berlanjutan sehingga malam hari selama 48 jam dan mengikut laporan luar negara sehingga sekarang demonstrasi masih berlanjutan, sehinggalah regim mubarak/yahudi tumbang.

USA terpaksa suruh Hillary Clinton untuk keluar kenyataan masuk campur dalam keadaan demontrasi rakyat Mesir. Jikalau regim Hosni Mubarak Mubarak tumbang, kepentingan USA, Yahudi Zionis di Timur Tengah akan longgar disebabkan Mesir ini seperti benteng bagi USA dan Yahudi Zionis. Dikhabarkan juga jikalau Hosni Mubarak jatuh, USA dikatakan ada pilihan kedua untuk naikkan pro USA dan Yahudi Zionis.

Diharapkan keadilan Palestin sakan lebih terbela sekiranya Diktator Hosni Mubarak tumbang. Doa-doa orang yang dizalimi sudah mula dimakbulkan. InsyaAllah! Kalau tanya kami patutkah rakyat Mesir bangkit seperti yang ada sekarang? Ya, memang patut pun, kami sangat-sangat bersetuju. Mana pilihan yang terbaik :

Susah untuk tempoh-tempoh seminggu yang terakhir ini untuk mereka berjuang habis-habisan menuntut keadilan dan menentang pemerintahan zalim Hosni Mubarak dan akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Mesir atau…..
Terus-terusan ditindas, ditekan dan dizalimi dan membiarkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak dan kemudian dengan anaknya menekan rakyat Mesir?
Sampai bila mahu rakyat Mesir perlu tunggu?

Saturday, January 29, 2011

Video InshaAllah versi Melayu -Maher Zain



huhu~~ sangat-sangat touching bila mendengar lagu ni versi Melayu. Pujian kepada Maher Zain bersusah-susah aje nak menyanyikan lagu ni dalam bahasa kita (mestilah..Malaysia kan rumah no 2 dia)
Paling touching bila sampai lirik-
Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
Sebab RA rasa cam banyak dosa je he hehe tapi Nabi Muhammad S.A.W dah terangkan Allah tetap ampunkan kita walaupun sebanyak mana kita berdosa dan lari dari-Nya. Itulah kasih sayang Allah.


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]

Kuasa Rakyat Tunisia, Tumbangnya Rejim Ben Ali




Kredit untuk beritasemasa, RA dapat artikel ni semasa sedang mencari berita mengenai demontrasi rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak. Nampak gayanya, rakyat Mesir dapat idea dan semangat dari rakyat Tunisia.Hmm..kampung terbakar nampak asap, hati yang sakit..?

Hari ini sejarah telah membuktikan kerajaan Tunisia di bawah rejim bekas Presiden Zine el-Abidine Ben Ali yang berumur 74 tahun “runtuh”. Beliau terpaksa lari bersama-sama dengan isterinya, bekas First Lady Tunisia (Leila Ben Ali) selepas digulingkan rakyatnya sendiri.

Di Tunisia sekarang ini rakyatnya sedang bangkit menentang apa yang dikatakan kezaliman yang dilakukan kerajaan Tunisia sebelum ini di bawah kepimpinan Zine el-Abidine Ben Al. Apa yang boleh kita semua belajar daripada apa yang berlaku di Tunisia ketika ini?

* Pemimpin kerajaan sibuk mengumpul harta untuk kepentingan peribadi, begitu juga limpahan kekayaan diberikan kepada kroni-kroni presiden Zine el-Abidine Ben Al. Sehinggakan seorang presiden yang sepatutnya diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga dan menguruskan khazanah Tunisia dengan baik, telah bertindak menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion. Beliau songlap khazanah Tunisia tanpa kebenaran rakyat, adakah rakyat Tunisia nak diam sahaja?

* Tak cukup dengan masalah si bekas Presiden Tunisia, rakyat Tunisia menjadi semakin marah apabila melihat isteri bekas Presiden Tunisia iaitu Leila Ben Ali (First Lady Tunisia), yang digelar ramai sebagai Imelda Marcos versi negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka membeli-belah terutamanya di Dubai.

* Ramai graduan yang susah nak dapat kerja di sana. Dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja yang mana dikatakan setinggi 14%

* Korupsi semakin menjadi-jadi di Tunisia

* Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab di Tunisia

* Akhbar-akhbar dan media massa dikawal oleh kerajaan. Realitinya, Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain di mana TV dan radio berat sebelah kepada kerajaan

* Semua projek mesti melalui isteri presiden dan pembodek kerajaan pasti dapat kerja dan projek pembangunan kerajaan

* Internet pun nak dikawal

* Kesatuan sekerja dikawal dan ditutup suara mereka. Begitu juga pelajar dan Universiti dikawal oleh akta universiti yang menyekat pengaruh mahasiswa

* Dalam laporan Wikileaks keluarga Ben Ali didakwa bertindak menerbangkan Yogurt dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah kapal layar bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis

* Tidak berhati perut, manakan tidaknya apabila di Tunisia juga tidak dibenarkan demonstrasi anti Israel. Tak cukup dengan itu, Ben Ali juga melarang upaya mengumpulkan bantuan rakyat untuk warga Gaza

Sejarah sudah membuktikan First Lady daripada beberapa negara di bawah pernah jatuh disebabkan sifat tamak, rakus dan juga tidak berperikamanusian mereka :

* Ilmelda Marcos (Filipina)
* Madam Suharto (Indonesia)
* Sekarang sudah ada “penggantinya”, Ilmelda Marcos versi Arab Leila Ben Ali

Mana tidaknya, Leila Ben Ali dahulunya hanya bekas pendandan rambut sahaja dan beliau pun datang daripada keluarga sederhana, tetapi beliau telah menggunakan sepenuh kesempatan selepas perkahwinannya dengan Ben Ali sehingga mampu mengubah nasib keluarganya Trabelsis untuk menjadi antara keluarga terkaya di Tunisia. Pemimpin dan kroni semakin kaya, rakyat semakin tertindas dan hanya melopong melihatkan sumber khazanah dan pentadbiran negara tidak diuruskan dengan betul. dan terus disonglap. sesuka hati. Rakyat Tunisia nak diam kalau begini?

Leila Ben Ali semasa mempunyai kuasa, telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai antara ahli politik wanita Arab paling progresif dan banyak mengetuai yayasan amal dan memperjuangkan hak wanita selain kehidupannya yang suka berbelanja mewah.
Selepas digulingkan oleh rakyat Tunisia, Zine el-Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke Perancis bersama anak-anaknya dan menetap hotel mewah di Disneyland. Belanja tinggal di sana tidak menjadi masalah, kerana dia dah songlap duit rakyat Tunisia dah banyak, setakat kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300 bukan menjadi masalah besar untuknya.

Manakala Leila Ben Ali bertindak melarikan diri ke Dubai, destinasi beli-belah sering dikunjunginya semasa beliau menjadi First Lady Tunisia sebelum ini.
Yang menyedihkan, Presiden Perancis, Presiden Sarkozy sendiri telah mengusir dari negaranya puak-puak yang telah diguling oleh rakyat Tunisia baru-baru tetapi berlaku sebaliknya di negara Islam seperti Arab Saudi yang sanggup bersetongkol dan menerima “puak-puak” yang seperti ini untuk mereka diberikan “suaka politik” di Jeddah, Arab Saudi.

Tidak dapat disangkal lagi mantan Presiden Tunisia, Ben Ali pendukung terbesar Israel. Puak Zionis Israel sendiri rasa dah mula risau selepas tumbangnya kekuasaan kerajaan “kuku besi” Zine El Abidine Ben Ali. Yang pastinya pihak Barat mahupun Zionis tidak mahu kehilangan “anjing-anjing belaan” mereka termasuklah Husni Mobarak. Adakah selepas ini akan berlaku kebangkitan rakyat bagi negara-negara seperti Libya, Algeria dan Mesir?

Friday, January 28, 2011

Volkswagen cipta kereta paling jimat minyak



Agaknya kalau menggunakan 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter (1 liter=RM0.85 Ron 85) maknanya dari Terengganu ke Kuala Lumpur nak isi minyaknya x sampai pun RM10, kalau pergi balik ke tempat kerja, selamat la wang saku RA tiap-tiap bulan.

DOHA - Pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen mempamerkan kereta paling jimat minyak di dunia dalam Pertunjukan Kereta Qatar malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.

Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.

Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.

Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.

Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).

Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.

Pengerusi Volkswagen, Dr Martin Winterhorn menyatakan XL1 akan mula dijual di Britain dan Jerman pada harga yang berpatutan.

Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek. - Agensi

Tuesday, January 25, 2011

Crop Circle Muncul di Yogyakarta, Indonesia










Yogyakarta, Indonesia- bukan satu tapi 7 petak sawah padi di Krasakan di Slemen Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilakan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO)-undentified flying object
Ia mengandungi 3 corak segitiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter antara 25-30 meter itu ditemui 23 Januari 2011 yang lepas(baru 2 hari lepas ketika entry ini ditulis).
Ia ditemui Tukiman, seorang petani pada pukul 6 petang ketika mahu mengusahakan padi sawahnya.
Dari laporan penduduk , mereka mendengar bunyi bising seperti pesawat terbang pada malam kejadian.Pihak polis kini menghalang penduduk dan orang ramai dari mendekati kawasan tersebut. Pihak tentera pula giat mengambil gambar dari helikopter. Setakat ini pihak kaji cuaca tidak mempercayai ini adalah perbuatan makhluk asing berdasarkan laporan tiada angin lintang pada malam tersebut.
Pendapat RA pula adalah Hanya Allah sahaja yang tahu kerana Allah mampu mencipta apa sahaja.Tapi kalau kejadian ini berlaku di tempat RA akan bersusah payah juga untuk menjenguk misteri ini. Apa yang pasti, muzik X-Files sedang terngiang-ngiang di telinga RA pada malam ini :)
Saksikan video di bawah dan banyak lagi di youtube.

Monday, January 24, 2011

Gemilang @ Samarinda TV3 Drama Terbaru Khabir Bhatia












Terlihat trailer awal Gemilang terpaut untuk melihat kisah selanjutnya. Lagi menarik hati RA bila mengetahui barisan-barisan pelakon muda dan lama yang berkaliber. Kamal Adli pelakon utama, Tiz Zakuah, Syah Jaszle, Tasha Shila, Dato' Jalaluddin Hassan (yang tak berlakon sebagai dato' ), Talha Harith

Ditayangkan mulai 24 Januari 2011 jam 9.00 malam. Ada juga berpendapat drama ini sehebat Nur Kasih. Masih awal untuk menilai dan kita lihat selanjutnya. Sinemafotografi masih cantik seperti selalu.

Gemilang mengisahkan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insitut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977.

Kredit kepada Framepersecond Pictures Sdn Bhd untuk gambar semasa penggambaran.

Sunday, January 23, 2011

Keputusan Terkini Juara Badminton Terbuka Malaysia 2011







ciannye..dun worry be hepi ;)

Setelah Harimau Malay menang Piala Suzuki, RA terasa ada tanggungjawab moral untuk menulis mengenai sukan tanah air. Sempat juga menjeling perlawanan akhir antara Dato' Lee Chong Wei menentang 'babyface Indon'- Taufik Hidayat(itu orang yang kata).

Perlawanan berlangsung mudah dengan LCW menewaskan TH 21-18. Di set ke-2 TH cuba bangkit 8-0 tetapi mungkin dengan semangat bermain di tanah tumpah darahku, LCW bangkit menengtang dan menang hanya bermain Straight Set 21-17. Tahniah sekali lagi LCW dan terus mengungguli sebagai pemain ni 1 dunia.

Yang tidak berapa seronoknya hampir keseluruhan kategori dikuasai dari Negara China. Mungkinkah dari taktik 'kotor' pemain China seperti yang digempar-gemburkan oleh Taufik Hidayat adalah benar? TH menyeru Lin Dan diheret ke jawatankuasa permainan kerana 'buat-buat' cedera supaya dia tidak bertembung dengan LCW dan supaya pemain dari negaranya berjaya mendaki ranking untuk ke Piala Dunia nanti.Lin Dan dikatakan cedera ketika sesi latihan pagi sebelum perlawanan separuh akhir dan memberi kemenangan percuma kepada lawannya yang juga dari China. Ironinya pemain China langsung tidak kelihatan ketika sesi latihan pagi.

Hmm...apa pun RA harapkan semoga sukan kita terus maju ke hadapan seiring dengan kemajuan lain yang kita kecapi.


Saturday, January 22, 2011

Eksperimen Bahaya Coke dan Mentos



Orang kata bukan sahaja coke, tapi minuman soda mana pun bahaya jika diminum berlebihan.Tetapi kadang-kadang kita terminum juga kalau pergi makan di restoren 'fast-food'. jadi untuk mengelakkan sakit perut RA lebih selesa memesan milo walau dikenakan bayaran lebih. Mari kita lihat eksperimen coke + mentos dari Eepy.com yang suka membuat eksperimen-eksperimen menarik. Sebab RA pernah dengar cerita ada seorang budak Brazil meninggal selepas minum coke dan mentos (walallahualam)



Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan 1 tin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran atau hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin .

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tidak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.


Kalau anda tidak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sebenarnya ia adalah sama sahaja
! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Sesiapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga.
Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dan lain lain. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian j
ika bahan cuci,pelincir,penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.

Friday, January 21, 2011

Keputusan Terkini Separuh Akhir Badminton Terbuka Malaysia

weii..weii..gud luck!

opss..gambar hiasan sahaja~~



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Berikut keputusan peringkat separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

PERSEORANGAN LELAKI:

Lee Chong Wei (MAS) kln Nguyen Tien Minh (VIE) 22-20, 21-11

Boonsak Ponsana (THA) kln Peter Gade (DEN) 11-21, 21-12, 21-16

PERSEORANGAN WANITA:

Bae Seung-Hee (KOR) kln Wang Yihan (CHN) 17-21, 21-13, 21-19

Wang Xin (CHN) kln Eriko Hirose (JPN) 21-13, 21-17

BEREGU LELAKI:

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) kln Chai Biao/Zhang Nan (CHN) 21-19, 16-21, 21-15

Xu Chen/Guo Zhendong (CHN) kln Alvent Yulianto/Hendra Gunawan (INAx4) 13-21, 21-13, 21-13

BEREGU WANITA:

Du Jing/Yu Yang (CHN) kln Jung Kyung-Eun/Yoo Hyun-Young (KOR) 21-11, 21-13

Ma Jin/Wang Xiaoli (CHN) kln Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS) 20-22, 21-12, 21-17

BEREGU CAMPURAN:

Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (DEN) kln Sudket Prapakamol/Saralee Thungthongkam (THA) 21-18, 21-18

Tao Jiaming/Zhang Yawen (CHN) kln Chen Hung-Ling/Chou Chia-Chi (TPE) 21-7, 21-18

- AFP

Panduan Membeli Secara Online


Peredaran masa membawa kita kepada pelbagai pendedahan dunia digital.kini, membeli sesuatu bukansesuatu yang sukar dan membebankan,malah lebih mudah dengan hanya di hujung jari sahaja.

Membeli secara ‘online’ telah menjadi ‘trend’ pada masa kini.Lambakan peniaga yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan menjadikan alternatif dunia digital sebagai sumber pendapatan yang sememangnya lebih lumayan dengan modal yang kecil.Pelbagai cara boleh dilakukan antaranya mencipta blog,facebook dan pelbagai lagi sebagai sumber perantaraan antara peniaga dan pembeli.

Tapi awas! Sebagai pembeli aanda perlu bijak dalam mengenal pasti sama ada perniagaan yang berurusan benar-benar wujud atau hanya penipuan.Lihat panduan di bawah sebagai asa untuk kamu membeli secara online.

1) Bandingkan harga-membandingkan harga adalah suatu kemestian semasa membeli. Untuk satu jenis produk yang kamu minati,bandingkan antara butik-butik online yang ada (seiring dengan kualiti). Pastikan harga yang dipilih berpatutan dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Jika kamu membeli dalam jumlah yang banyak, pastikan ada potongan harga yang ditawarkan kerana ia melibatkan kos penghantaran.

2) Reputasi peniaga-pilih peniaga yang mendapat komen atau reputasi yang baik daripada pembeli lain. Semua itu boleh dilihat pada blog yang dipamerkan.Maklum balas dari pembeli lain terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga akan memberi jaminan kepada wang yang dilaburkan. Sekurang-kurangnya kamu tidak akan kecewa dengan perkhidmatan pihak peniaga.

3) Testimoni pembeli – kamu juga jangan mudah terperdaya dengan testimonial. Selidik yang diberikan oleh pembeli-pembeli yang berurusan dengan peniaga.Ini kerana ditakuti terdapat penipuan pada pihak peniaga yang menggunakan rakan-rakan sebagai testimonial. Jadi pastikan testimoni itu benar-benar daripada pembeli perniagaan itu sendiri.

4) Berhubung dari semasa ke semasa- Selepas membeli, berhubung dengan penjual dari semasa ke semasa sehingga kamu memperoleh produk yang dibeli. Ini untuk memastikan bahawa kamu tidak tertipu kerana membeli secara online memerlukan pembeli membayar terlebih dahulu sebelum produk dihantar.

5) Duit bank yang cukup- Jika kamu benar-benar pasti untuk membeli produk yang kamu minati secara online, pastikan wang didalam bank mencukupi mengikut kadar harga yang ditawarkan. Sebaiknya, elakkan dar1pada menggunakan kad kredit untuk membeli, ini kerana ia akan mengundang satu masalah lain yang kamu sendiri tidak jangkakan.

Kredit untuk Norlizaina Mohd Ali( Ingin Tahu, Dara.Com Edisi Februari)


Thursday, January 20, 2011

petua lembutkan hati isteri

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau
serangan jantung pada orang tersebut.Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa
berterima kasih dan meminta maaf.


Sila share dengan sesiapa yang kalian suka…


Salam Ukhuwah..~

Blog via Fesbuk